Ada yang keliru tentang Jaundice dengan
demam kuning? Sebenarnya mereka adalah dua penyakit yang berbeza. Jom
kita tengok apakah perbezaan yang ketara antara dua penyakit ini
Apakah perbezaan Jaundice dengan Demam Kuning:
Jaundice ini
terhasil apabila bilirubin terlalu banyak dalam darah. Bilirubin yang
berwarna kuning/oren ini terhasil apabila sel darah merah yang dah tua
dipecahkan dan hendak disingkirkan dari badan. Hati adalah organ yang
berperanan untuk memproses dan membuang bilirubin dari darah. Hati baby
pula belum cukup matang untuk membuang bilirubin yang terlalu banyak.
Maka terjadilah warna kuning pada kulit dan mata baby.
Demam kuning
pula adalah demam yang disebabkan oleh sejenis virus yang dibawa oleh
seekor nyamuk yang telah dijangkiti dengn virus ini. Demam ini boleh
merosakkan fungsi hati dan boleh menyebabkan jaundice yang sangat teruk.
Tapi dalam masyarakat kita ni dah biasa
kalau baby kena jaundice je terus cakap baby demam kuning. Tak kesahlah,
asalkan kita tahu apa yang sebenarnya.
Apakah faktor yang menyebabkan baby jaundice:
- Kajian menunjukkan ibu yang menghidap diabetes semasa hamil lebih berisiko untuk baby terkena jaundice
- Ada juga kajian yang menunjukkan baby lelaki lebih mudah terkena jaundice berbanding baby perempuan. (Tapi anak Zarith dua-dua perempuan, mereka kena jaundice juga)
- Ibu yang berdarah “O” mempunyai risiko yang tinggi untuk melahirkan anak jaundice
Apakah mitos tentang jaundice ni yang sering kita dengar:
- Jangan pakaikan anak baju kuning, nanti jaundice makin teruk.
- Tiada bukti saintifik yang mengatakan warna pada baju akan mempengaruhi warna kulit baby.
- Jaundice ni menunjukkan baby tak sesuai dengan susu ibu, bagi susu formula je.
- Seperti yang kita sedia maklum, susu ibu Allah ciptakan yang terbaik. Allah hantarkan baby kepada ibu beserta bekalan untuknya. “Human’s Milk For Human”
- Photo therapy tu kita boleh buat sendiri di rumah. Pakai lampu biasa je.
- Ia tidak benar sama sekali. Photo therapy membantu memecahkan bilirubin yang berlebihan dalam darah baby sehingga hati baby mampu untuk melakukannya sendiri, sedangkan lampu biasa di rumah tidak boleh melakukannya. Photo therapy berfungsi dengan menggunakan cahaya yang mempunyai gelombang yang tertentu dan mata baby kita akan ditutup untuk mengelakkannya terdedah kepada cahaya tersebut. Lampu biasa di rumah bukan menyembuhkan baby tapi ia boleh membuatkan baby kita demam atau kesejukan akibat terdedah kepada persekitaran yang sejuk.
- Bagi baby makan anggur hitam, susu kambing dan sebagainya la untuk cepat sembuh. Bukan banyak, 2, 3 titik je.
- 2, 3 titik bagi bayi yang baru dilahirkan yang ususnya belum matang, yang hanya boleh minum susu ibu tu adalah sangat besar kesannya. Untuk mendapatkan khasiat ini, ibu boleh makan dan minum dan menyusukan baby. Khasiat yang sama akan diperolehi oleh baby.
Petua merawat baby jaundice:
- Susukan baby dengan Susu Ibu sebanyak dan sekerap yang mungkin. Susukan setiap 2 jam atau kurang.
- Ibu yang menyusu hendaklah minum susu kambing dan juga madu. Susu ibu yang mengandungi khasiat susu kambing dan madu ini dikatakan dapat merawat baby jaundice.
- Ibu menyusu perlu kurangkan pengambilan kunyit, lada hitam, halia, bawang putih, rempah-ratus, jamu-jamuan kerana bahan ini bersifat panas.
- Mandikan baby dengan air daun belimbing buluh sehingga jaundice hilang.
- Kenakan baby pada cahaya matahari pagi. Tapi jangan secara langsung, ozon kita dah menipis sekarang ni, dapat penyakit lain pula nanti. Memadai buka tingkap dan kenakan baby pada cahaya yang samar-samar itu antara pukul 8.30 pagi sehingga 9.30 pagi.
- Perahkan sengkuang cina, ambil airnya dan ibu minum supaya khasiatnya dapat kepada anak
- Ambil beberapa batang pokok dukung anak, rebuskan. Mandikan baby dengan air rebusan ini apabila dah agak suam 2 kali sehari. Buat sehingga jaundice hilang.
sumber: www.ibuzarith.com
Blogger Comment
Facebook Comment