loading...

Jangan Burukkan Pasangan Pada Anak Sekali Pun Berpisah

Biar apa pun emosi yang dialami oleh anda sebagai ibu tunggal, jangan sesekali wujudkan rasa benci kepada ayah sendiri di dalam diri anak-anak. Ya, anda bertungkus-lumus membesarkan anak-anak sendiri tanpa bantuan, pertolongan malah tanpa pertanyaan atau makluman khabar daripada bekas suami. 

 

Biar suami hilangkan diri tanpa khabar berita, ia masih bukan alasan yang wajar dan munasabah kepada anda untuk tanamkan atau benarkan kebencian anak kepada suami wujud dan berterusan. Usah menipu tentang si ayah. Cukuplah sekadar mengucapkan yang sewajarnya tentang ayah mereka. Sebagai contoh, jika anak bertanya ke mana ayah? Cakaplah: “Ayah tak ada, ibu tak tau ayah ke mana. Tak mengapa, doalah kepada-Nya, moga-moga satu hari nanti ayah akan kembali kepada anak-anak!”

 

Jangan burukkan ayah mereka walau yang buruk itu adalah benar belaka. Kenapa tak boleh berterus-terang? Sebab anak-anak masih kecil dan masih mentah tentang realiti sebenar ujian hidup. Jika anda berikan jawapan yang sebenarnya, berkemungkinan besar anak-anak akan mula keliru, mungkin akan tertekan dan menjadi pendendam dalam diam. 

 

Mungkin ada kes si anak menyaksikan penderitaan yang dialami oleh si ibu menyebabkan rasa benci kepada si ayah wujud. Menjadi kewajipan dan tugas utama seorang ibu untuk mendidik anak-anaknya agar memaafkan kesilapan dan kesalahan si ayah. Pesankan juga; jangan sesekali diulangi kesalahan dan kesilapan tersebut. Nasihatkan terus; jangan putus mendoakan agar si ayah berubah sikap dan menjadi seorang ayah yang bertanggungjawab satu hari nanti.

 

Kenapa perlu dipesan semua itu? Sebab hukum syarak pasti: setiap anak wajib hormatkan ibu dan bapa! Nak kata 'uh' pun dilarang sama sekali, ini kan pula sikap-sikap tidak baik seperti tidak pedulikan ibu bapa atau membuang mereka terus. Ada yang mengadu, anak-anak yang telah remaja dan dewasa serta faham erti hidup, marahkan si ibu bila si ibu berikan nasihat berkaitan. 

 

Bagi anak-anak, mereka tidak sukakan penderitaan yang telah diberikan oleh si ayah kepada ibu mereka. Mereka jelas dan faham sangat dengan kekecewaan yang dialami oleh ibu mereka dan bagi anak-anak, si ayah memang tidak wajar dihormati apatah lagi untuk dikasihani. 

 

Jika itu luahan hati anak-anak anda, sebagai seorang ibu yang mengandungkan, melahirkan dan membesarkan mereka, anda perlu gunakan kuasa yang ada di tangan anda. Amanatkan kepada anak-anak, biar apa pun yang berlaku kepada anda kesan daripada tindakan ayah mereka kepada anda, jangan jadikan sebagai halangan untuk anak-anak menyayangi dan mengasihi si ayah. 

 

Paling tidak pun, anak-anak tetap wajib menghormati si ayah. Kegagalan si ayah menjalankan tanggungjawabnya bukan lesen kukuh untuk anak-anak melawan perintah Ilahi. Ingatkan! Anak-anak takkan lahir ke dunia ini hanya dengan ada ibu atau ayah sahaja. Perlukan ibu dan ayah untuk satu kelahiran bermakna!

 

Darah ibu atau ayah yang mengalir dalam diri si anak, tidak boleh dinafikan biarpun si anak tidak dijaga atau diasuh oleh ibu atau bapa mereka. Manusia bersalah dan mereka yang bersalah berhak dimaafkan walau mereka masih belum memohon maaf! Kita yang masih waras dan sedar mempunyai tanggungjawab besar untuk membantu mereka yang bersalah ini agar segara sedar dan kembali ke jalan yang benar dan diredhai Ilahi. Cara paling mudah ialah berdoa, berdoa dan terus berdoa.

 

Nak ke anak yang kita didik dengan penuh kasih sayang menjadi anak derhaka? Walau bukan kepada kita tetapi jika si anak bertindak biadap kepada si ayah mereka yang tidak pedulikan mereka selama ini, ia tetap dikategorikan sebagai anak derhaka! Nauzubillah...

 

Kata-kata hikmah yang tidak boleh dinafikan lagi: tangan yang mengayun buaian boleh menggoncang dunia! Kita sebagai ibu yang bertanggungjawab ke atas peribadi anak-anak pada masa depan, atas peranan dan tanggungjawab yang patut sebagai seorang anak, juga sebagai seorang ibu dan ayah bila tiba masa anak-anak memegang status itu nanti.

 

 

Baca di website

from info psikologi http://ift.tt/2gNEeMU via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close