Kaedah panjat tepi tingkat terutama rumah tinggi memang selalu orang buat. Terutamanya pencuri. Kalau anda tertinggal kunci jangan la buat kerja macam ni. Samada anda hubungi sesiapa yang ada kunci atau tunggu locksmith.
JOHOR BAHRU - Cubaan meniti palang melintang untuk masuk ke rumah melalui dapur gagal apabila seorang lelaki tergelincir lalu terjatuh dari tingkat 20.
JOHOR BAHRU - Cubaan meniti palang melintang untuk masuk ke rumah melalui dapur gagal apabila seorang lelaki tergelincir lalu terjatuh dari tingkat 20.
Dalam kejadian jam 3.30 pagi di sebuah kondominium di Tampoi, mangsa, Mohammad, yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak itu maut selepas terjatuh dari tingkat 20 ketika cuba meniti palang melintang yang menghubungkan koridor rumah dengan dapur.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, mangsa berbuat demikian kerana tiada kunci rumah.
"Mangsa dipercayai mahu masuk ke dalam rumah, namun tiada kunci. Dia kemudian dipercayai meniti palang berkenaan yang menghubungkan koridor dan dapur," katanya, memetik laporan Harian Metro.
Pihak polis menerima panggilan penduduk kondominium berkenaan berhubung kejadian tersebut padaj am 3.59 pagi.
Hasil temubual rakan serumah mangsa mengatakan, kali terakhir mangsa menghubunginya pada jam 3.20 pagi. Tetapi pada ketika itu dia sedang tidur dalam bilik.
Pemeriksaan juga mendapati tingkap dapur separuh terbuka dan menemui sebelah selipar milik mangsa, manakala sebelah lagi berada berdekatan mangsa.
Menurut rakannya, ini bukanlah kali pertama mangsa masuk ke rumah melalui tingkap itu.
Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut. Jenazah mangsa telah dibawa pulang ke Melaka selepas dituntut ahli keluarga di Hospital Sultanah Aminah (HSA).
Kejadian itu juga turut mengejutkan penghuni rumah di tingkat bawah, yang mendakwa mendengar dentuman yang kuat mangsa jatuh dari tingkat 20.
"Betul-betul jatuh di depan rumah ibu saya. Terdengar dentuman kuat pada jam 3.30 pagi. Tengok-tengok, dah terbujur mayat mangsa yang bersepai semua otaknya.
"Ya Allah, tak dapat bayangkan. Dari tingkat 20 jatuh ke bawah," kata Yanie Baharin yang tiada di rumah pada waktu itu, namun dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh adiknya.
"Adik saya yang pertama keluar dari rumah. Bila jengah keluar, tengok ada mayat yang sudah terbaring. Otak dia seketul betul-betul atas tembok tepi rumah ibu," katanya.
Kredit- The Reporter
Kredit- The Reporter
Blogger Comment
Facebook Comment