Add caption |
Wanita berusia 31 tahun itu yang hanya dikenali dengan nama keluarga Zhou, dilaporkan menikam lima anak perempuannya di kediaman di Zhanjiang, selatan wilayah Guangdong, Jumaat lalu.
Zhou yang telah melahirkan anak perempuannya kelima bulan lalu, ditahan selepas penduduk kampung membuat laporan polis.
Kesemua mangsa yang berusia di bawah lapan tahun dikejarkan ke hospital, namun empat daripadannya meninggal dunia.
Berdasarkan keterangan Zhou kepada pihak polis, dia menikam anak-anaknya dengan pisau dapur kerana kecewa dan tertekan selepas melahirkan anaknya yang kelima bulan lalu.
Rumah pasangan berkenaan ditutup untuk siasatan polis | Foto - Handout |
Suami Zhou, mereka sudah bertahun-tahun menunggu dikurniakan anak lelaki, malah mereka sentiasa berdoa untuk tujuan itu. Bagaimanapun, Zhou melahirkan anak perempuannya yang kelima.
Menurut penduduk kampung yang berada di tempat kejadian, percikan darah mangsa penuh di tempat kejadian.
Salah seorang penduduk kampung berkata, pasangan itu miskin dan suami Zhou bekerja di tempat yang jauh dari rumah, meninggalkan isterinya untuk menjaga anak-anaknya dan bapa mertuanya yang kurang upaya.
Blogger Comment
Facebook Comment