ALOR SETAR - Laman QSF Boutique hari ini mengeluarkan kenyataan rasminya bahawa isu viral yang melibatkan pihaknya semalam telah pun diselesaikan dengan baik dalam pertemuan mereka bersama dua pihak terbabit.
Dalam pertemuan yang diadakan jam 9 malam Selasa di Restoran Jenggo, Alor Setar, ketiga-tiga pihak telah mencapai kata sepakat untuk memohon maaf antara satu sama lain di atas apa yang berlaku.
"Hasil pertemuan kami dengan pihak pengantin dan individu yang menyebarkan isu ini serta beberapa orang saksi semalam, telah membawa kepada keputusan menang-menang di mana ketiga-tiga pihak telah memohon maaf antara satu sama lain.
"Apa yang berlaku hanyalah salah faham di antara ketiga-tiga pihak, yang mana kami juga adalah kawan. Tiga pihak ini juga telah bersepakat dan bersetuju untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan lagi mengenai isu berbangkit yang dianggap boleh menjatuhkan maruah dan periuk nasi mana-mana pihak," kata QSF Boutique.
Jelas kenyataan itu lagi, kes ini berlaku kerana ada keyboard warrior yang didakwa cuba mengambil kesempatan untuk menviralkan isu ini dan mengeruhkan lagi keadaan.
Gambar pelamin pakej RM2,830 yang menjadi kontroversi semalam | Foto - Nur Musyriqoh Masri |
Justeru, QSF berharap netizen tidak membuat sebarang spekulasi dan andaian negatif mengenai kes tersebut.
"Kami di QSF sekali lagi memohon maaf di atas apa yang telah berlaku dan apa yang terjadi ini adalah pengalaman yang berharga buat kami. Kami akan jadikan ia sebagai teladan dan meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kami," katanya.
Kredit - The Reporter
Kredit - The Reporter
Blogger Comment
Facebook Comment