BATU PAHAT - Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM1,000 kepada seorang pekerja salun kecantikan atas pertuduhan mencuri produk kecantikan dan menyembunyikannya di dalam colinya, 30 November lalu, lapor Harian Metro.
Tertuduh, Normala Rahman, 24, mengaku bersalah di atas pertuduhan tersebut sebaik pertuduhan itu dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mohd Zulhilmi Ibrahim.
Dua lagi tertuduh juvana turut mengaku bersalah, namun Majistret menetapkan 4 Januari depan untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan akhlak mereka dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh bersama dua lagi juvana didakwa mencuri bersama-sama di Butik Blackcube Rich, Parit Raja, jam 7-8 malam.
Ketiga-tiga tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda, bagi kesalahan kali kedua atau kemudiannya hendaklah dihukum dengan penjara dan boleh dikenakan denda atau sebat.
Kredit - The Reporter
Kredit - The Reporter
Blogger Comment
Facebook Comment