Harini datang Hospital Besar Sg Petani.Mahu ziarah isteri Fuzi Wani dan anak kami yang masih ditahan di ward. Isteri saya masih belum dibenarkan keluar kerana berlaku pendarahan yang banyak ketika berhempas pulas melahirkan anak semalam. Tapi bukan itu carita yang mahu saya khabarkan.
Tepat, di hadapan katil si isteri , ada pesakit lain.Berkulit lebih gelap, saya sangkakan india, tapi dari segi bahasa yang dibualkan, nyata itu bukan bahasa tamil.
1.50pm, doktor pakar datang ke katil mereka.Saya mencuri dengar perbualan.Si suami cuba menerangkan dalam bahasa melayu yang tidak fasih.Tergagap gagap. Rupanya, mereka ini warga asing.Telah 10tahun bekerja di Malaysia. Warga Myammar.Muslim rohingya.Agama kita.
Selesai urusan dengan doktor, terasa hati untuk saya menghampiri. Bersalam dan bertanya khabar. Namanya Muhammad Abrar.Abrar menceritakan isterinya telah bersalin pada 6hb 12.Dikurniakan zuriat lelaki, sihat dan sangat comel kemerahan.2.29kg.
Dalam kegembiraan menyambut putera pertama di dunia, Tuhan datangkan sekali ujian bersama. Tiada siapa pinta tiada siapa menduga, usai melahirkan, isterinya menjadi kabur mata pada 7hb dan hari ini 8hb disember, isterinya tidak dapat melihat apa apa. Ini bukan persoalan siapa dia tapi lebih besar, bagaimana kita mahu membantu mereka.
Nak dikatakan buta takut takut keterlaluan pula.Tapi itulah kondisinya sekarang. Mata terbuka tapi hanya kegelapan yang ada.Doktor juga tidak tahu mengapa dan apa punca. Cuma, pemeriksaan telah dibuat semalam (7hb), CT SCAN menelan belanja RM 916.Kos bersalin Rm2200.Abrar merayu agar bayaran dibuat secara ansuran. Maklum sahaja mereka hanya bekerja sebagai pemotong rumput.Gaji kurang 1000 sebulan katanya.
Harini, doktor memaklumkan mereka mahu menjalankan ujian MRI, tapi perlukan kos perubatan sebanyak rm4000+-. Abrar jujur mengatakan, dia tiada wang sebanyak itu. Jadi, saya berjumpa dengan doktor bertugas dan bertanya.Ya, doktor mengesahkan hal itu.Pihak hospital hanya akan jalankan ujian MRI jika abrar mampu untuk memberi jaminan bayaran.
Doktor ada mengatakan, berdasarkan ujian ct scan, kelihatan ada sesuatu di bahagian belakang otak Toyuba Katu Bt Dil Muhammad (isteri abrar).Tetapi mereka tidak tahu apa.Sebab itu ujian MRI perlu dilakukan segela. Saya menarik hela nafas yang panjang.Tanpa disangka air mata mula membasahi. Nekad untuk membantu.
Buat rakan rakan yang mengenali saya di dunia nyata mahupun dunia maya, saya menyeru.Marilah kita membantu abrar dan isterinya. Saya bersumpah saya tidak akan menyeleweng sumbangan anda.
Kos yang terlibat:
- Bersalin - RM2,200
- CT scan - RM916
- MRI - RM4,000+
- Kos ubatan lain - belum tahu.
Jika kita sumbangkan seorang sedikit rm30 , 200 orang rm6000.Ini belum termasuk kos kos belian barang anak kecil. Mungkin 30 sedikit buat kita, tapi saya percaya ia besar buat abrar dan isteri.
Inilah masanya rakan rakan sekalian, kita bantu abrar. Dia muslim rohingya, dia saudara kita.Ini tanggungjawab kita bersama. Dia adalah kita, dan kita adalah dia. Marilah sama sama kita tanam benih benih saham untuk kita ske syurga kelak.
Kepada yang mahu membantu, terus gunakan maklumat berikut.
MAYBANK
FAIZ SUKSES ENTERPRISE
564799121663
Jika anda tak percayakan saya, boleh terus hubungi saya : Faiz : 013 2057397
Kpd yang menyumbang, tolong WHATSAPP nama dan jumlah sumbangan, saya akan serahkan sendiri kepada Abrar.
1 lagi bantuan, mohon LIKE , KOMEN DAN SHARE status ini agar lebih ramai yang dapat membantu dan menyemai benih benih saham ke syurga.
Jika bukan kita siapa lagi? Jika bukan hari ini bila lagi? - Mohd Faiz
Blogger Comment
Facebook Comment