loading...

(Video) Jangan Samakan Kereta Dengan Bas Yang Ada 44 Penumpang? Lulz


RANAU, SABAH - Video sebuah bas yang memotong di garisan berkembar sehingga mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain, viral di media sosial semalam. 

Dalam kejadian jam 11.39 pagi di Jalan Ranau-Telupid itu, tindakan tidak bertanggungjawab pemandu bas Dyana Express itu hampir menyebabkan pelanggaran dengan sebuah kereta yang datang dari arah bertentang. 

Berdasarkan video berdurasi 11 saat itu, mangsa terpaksa mengelak dan terbabas ke bahu jalan sedikit bagi mengelakkan bas tersebut yang memotong di garisan berkembar. 


Bas express DYANA ..SD 9599 H sangsara klu mcm ni tolong la berhati2 dijalan raya
Posted by Japar Hamid on Monday, 12 December 2016

Tindakan pemandu bas itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen sehingga mereka mendesak pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pemandunya berdasarkan video viral tersebut. 

Bagaimanapun, seorang lelaki bernama Muhammar Ghadafi Abd Mahar, dipercayai pemandu bas tersebut, tampil memberikan penjelasannya. 

"Saya pemandunya SD9599H kelmari dari Kota Kinabalu ke Semporna. Kepada yang suka-suka viral ini, saya nak beritahu bahawa kamu bukan berada dalam bas pada waktu itu. Jangan pandai-pandai komen. 

"44 penumpang saya yang berada di dalam bas itu semalam tidak bising. Inikan pula kamu yang hanya melihat gambar.

"Jangan samakan suasana pemandangan dalam bas dengan kereta. Orang yang begini, bagus saya tampar terus. Tengok dengan mata kamu sendiri dulu, bukan melalui orang lain," katanya berdasarkan screenshot yang tersebar di media sosial.


Malangnya, netizen tetap enggan menerima penjelasan pemandu bas itu dan menegaskan bahawa adalah satu kesalahan bagi mana-mana kenderaan yang memotong di jalan raya yang mempunyai garisan berkembar.

Kredit - The Reporter 

Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close