loading...

Jenis Ibu Terlalu Sibuk Atau Kelam Kabut. Anda Yang Mana Satu?

Hakim: Ibu, bila mahu beli buku nota?
Arif : Ibu ustazah mahu satu lagi buku nota.
Aiman: Bila mahu balut buku rujukan?
Ammar: Ibu nak susu.
Ibu: Kenapa malam ini baru beritahu?
Hakim: Sejak kelmarin lagi sudah beritahu.

Antara dialog biasa apabila menjelang hari terakhir cuti atau esok sudah sekolah malam itu sudah menderu banyak permintaan sebelum tutup mata. Tidak akan berakhir di situ, menjelang pagi mana "stoking kakak", "mana bekal minum abang". Juga melayan permintaan anak, ibu nanti tunggu di pondok pengawal ya. Saya perlukan botol kosong untuk eksperimen kelas sains.

Bersambung pula di rumah adegan selepas balik sekolah. Ibu saya letih, perlu rehat dahulu, baru buat kerja sekolah. Tidak termasuk jadual padat sekolah sesi pagi kemudian bersambung pula kelas sesi petang. Kasihan anak-anak, namun itulah dunia semakin mencabar.

Membaca status rakan-rakan di media sosial yang umpamakan diri seperti robot. Ligat. Namun kita manusia bukan robot. Pagi bawa ke petang. Petang bawa ke malam. Anak-anak, suami, kerjaya, rumah tangga, juga tambahan waktu berniaga pula. Sesekali teringat ketika zaman awal 90-an.

Tenangnya waktu pagi, masih gelap suasana sampai ke bilik darjah.

Indahnya suasana berkabus ketika berada di sekolah menengah. Usai meningkat langkah, berbondong-bondong ke dewan kuliah. Menikmati hari ceria bersama teman-teman. Masa beredar, kita mendepani cabaran mendatang. Arwah emak juga berniaga. Awal pagi turun membantu di kedai kemudian gembira pula bersiap ke sekolah.

Usai petang membuat kerja sekolah sambil jaga kedai makan. Kita buat dengan gembira dan juga bertanggung jawab. Bagaimana pula kita mahu menerapkan perasaan gembira itu kepada anak-anak tanpa perlu tekanan. Ibu bertenang anak-anak juga mampu bertenang. Namun ia tidak semudah seperti kita menukilkan di atas kertas.

Isteri Bukan Robot

Saya sangat tabik ibu-ibu muda yang berpagi-pagi bangun menyediakan bekal anak sekolah. Waktu siang bertarung memakai pelbagai jersi. Jersi tukang masak, pemandu, peneman, pengurus imej, guru tuisyen anak dan banyak lagi. Senarai terus bersambung sehingga malam hari. Bersambung pula mengajar dan mengulang kaji bersama anak-anak pada sebelah malam.

Tentunya rutin harian suri rumah sepenuh masa tidak sama dengan suri yang bekerja di luar rumah. Tidak akan sama yang bekerja dan berniaga. Namun kita mengharapkan mampu mengisi masa 24 jam dengan cemerlang. Permulaan hari sangat berkait rapat dengan kesempurnaan seluruh hari. Kualiti masa, keadaan terkejar-kejar untuk menunaikan banyak tanggungjawab serentak.

Matlamat menguruskan anak-anak juga berbeza. Bagi yang mempunyai bayi tidak sama jadualnya anak-anak yang sedang berada di tadika, tidak sama yang bersekolah rendah dan menengah.

Anak-anak akan meningkah besar dan rutin akan berubah. Masa berubah dan juga kita meningkah usia. Melihat anak sudah membesar, tersedar bahawa kita sudah menua. Tidak lagi rutin sibuk sebagaimana ketika anak-anak kecil. Mungkin fokusnya sudah berubah pula menerima menantu, bercucu. Menghadiri kelas agama dan juga fokus kepada ibadah.

Kita akan rindu ketika masa lalu. Namun perlu sedar akan masa sekarang. Masa sekarang yang perlu di isi sebaik makna dan masa akan datang yang dirancang dengan sempurna. Bersyukur kerana masih ada peluang dengan kesibukan, peluang belajar untuk meningkatkan kemahiran suri rumah.

Moganya apabila malam berlabuh, kita tersenyum kerana sudah pun melalui satu hari penuh kepenatan. Hari ini masa berpenat kerana di hadapan adalah hasil atas lelahnya pengorbanan.



Baca di website
from info psikologi http://ift.tt/2jTsCfn via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close