Orang Jepun sememangnya terkenal dengan sikap rajin, berdisiplin dan bijak. Sudah tentu ibu bapa yang menjadi pendorong utama kepada pembesaran anak-anak yang bijak.
Baru-baru ini seorang pengguna Facebook, Baharuddin Mohamed kongsikan bagaimana orang Jepun mendidik anak mereka jadi bijak.
1. Teknik rangsangan otak
Orang Jepun menggunakan teknik merangsang otak kanan. Otak lebih kreatif, otak kiri cenderung kepada kira-kira dan fakta.
Bila anak kita mula nak tidur ayam, cakap perlahan kepada mereka, “mama sayang adik, adik anak yang hebat”. Berikan kata-kata positif pada mereka dan anak akan menyimpan memori imaginasi.
2. Marahlah, tapi jangan tengking
Jangan marah dengan menengking anak kerana ia akan disimpan melalui otak kanannya. Elakkan guna perkataan “jangan” sehingga anak takut nak cuba perkara baru. Akhirnya mereka sukar bercakap dikhalayak.
3. Biarkan mereka bermain
Biarkan anak bermain atau menconteng. Proses ini meransang otak kanannya.
Kajian menunjukkan penggunaan penyepit ketika makan oleh orang Cina dan Jepun, menambah ransangan otak kanan anak-anak.
Tak salah ikut benda yang baik. Kayu penyepit sebenarnya mengaktifkan kerja tangan.
4. Teknik imaginasi
Perasan tak kanak-kanak selalu cerita perkara dalam imaginasinya. Layankan saja. Walaupun cerita mereka agak merapu, tapi ia sebenarnya melatih otak kanan mereka.
5. Teka-teki
Bermain teka-teki seperti masukkan barang dalam kotak dan minta mereka teka apa yang ada dalam kotak tersebut, baik untuk kanak-kanak. Mereka akan berfikir dan ia mampu mengaktifkan otak kanan.
from HANASUVA http://ift.tt/2l22AnC via IFTTT
Blogger Comment
Facebook Comment