PETALING JAYA - Susulan kes buli si SMK Bandar Sri Damansara 2 semalam, polis kini sedang memburu dua suspek yang terlibat bagi membantu siasatan, lapor Harian Metro.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pengurusan sekolah tersebut yang memaklumkan seorang pelajarnya cedera akibat dipukul dua pelajar perempuan tingkatan tiga.
"Berdasarkan siasatan awal dan percakapan saksi mendapati, berlaku perselisihan faham di antara angsa dengan dua pelajar terbabit.
"Akibatnya, salah seorang daripada dua pelajar perempuan terbabit menarik tudung mangsa hingga terjatuh, manakala rakannya memijak kepala serta menyepak bahu mangsa sehingga menyebabkan kecederaan.
"Mangsa yang cedera di kepala dan bahu dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan dan menerima empat jahitan di kepala," katanya.
Polis kini sedang giat mengesan dua suspek terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. - The Reporter
from The Reporter
Blogger Comment
Facebook Comment