Di London, seorang wanita Britain mendakwa dia kehilangan kerja di sebuah syarikat perfileman di sini gara-gara terlalu cantik.
Wanita itu, Emma Hulse berkata kepada portal Mirror, dia bekerja sebagai penghantar barangan di syarikat UNIT TV di Soho tetapi dipecat serta-merta selepas beberapa bulan bertugas.
Menurut wanita berusia 24 tahun itu, pengurusnya mempersoalkan kenapa dia tidak menjadi seorang model atau penyambut tetamu.
“Saya amat kecewa kerana diberhentikan kerja. Saya tidak tahu apa yang patut dilakukan.
“Mungkin syarikat itu hanya mahu mengambil pekerja yang bermuka biasa berbanding saya yang terlalu menarik perhatian,” katanya.
Ujar Emma lagi, dia berpakaian sopan ketika datang bekerja dan tidak timbul isu dia terlalu seksi.
Malah dakwanya, pengurusnya itu turut meminta nombor telefonnya dan cuba mengajaknya keluar.
Sementara itu, pemilik syarikat berkenaan berkata, kes tersebut merupakan satu diskriminasi dan dipandang serius.
“Saya tidak dimaklumkan dengan jelas situasi yang berlaku ke atas Emma Hulse dan tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kes itu.
“Saya memohon maaf kepadanya jika dia berasa kurang senang dengan sikap staf syarikat ini,” katanya.
from HANASUVA http://ift.tt/2l29rOT via IFTTT
Blogger Comment
Facebook Comment