Bila dah berumur, perkara yang paling risau dalam hidup adalah penyakit singgah secara tiba-tiba. Dan lagi merisaukan jika sakit itu adalah salah satu penyakit kronik seperti sakit jantung!
Pastinya anda akan dinasihatkan untuk menjalani pembedahan Angiography atau Bypass, tetapi sebelum serah diri anda boleh mencuba penawar yang dikongsikan oleh saudara Abdulllah Abd Rahman ini, insya Allah... dengan izin Allah, masalah jantung tersumbat anda akan selesai.
Insya Allah, dengan izin Allah setiap penyakit ada penawarnya.
Pada 18 April 20133, saya dikehendaki untuk pergi ke Sahiwaal (Pakistan) dari UK untuk menghadiri majlis tahunan Khatme-e-Nabuwat (jemaah tabligh). Sebelum itu, saya mengalami sakit yang amat sangat di dada kiri di bahagian jantung dan kesakitan ini berterusan buat beberapa waktu.
Saya kemudiannya bertemu di Pakistan dengan Hazrat Moulana Bashir Ahmed Usmani Sahib dan memaklumkan kepadanya bahawa doktor telah mengesan tiga saluran injap darah tersumbat semasa melakukan Angiography ke atas saya dan memaklumkan tarikh pembedahan Bypass ke atas saya yang akan dijalankan dalam masa sebulan.
Dalam pada itu, seorang sahabat jemaah, Encik Hakim telah menurunkan ramuan seperti di bawah yang saya amalkan selama sebulan.
Sehari sebelum pembedahan Bypass akan dijalankan saya tiba di Cardiology Hospital, Lahore (Pakistan) dan membayar deposit Rs. 225,000.00 bagi menjalani pembedahan.
Selepas memeriksa keputusan x-ray sebelum ini dan x-ray yang baru dibuat untuk melihat keadaan semasa saluran injap jantung saya, doktor-doktor yang memeriksa saya bertanya sama ada saya ada mengambil apa-apa perubatan selepas kali terakhir ujian saluran yang telah saya jalani. Saya memberitahu bahawa En. Hakim Sahebs telah memberi ramuan ini.
Doktor doktor merasa terkejut dengan keputusan semasa saluran injap saya dan memaklumkan bahawa keputusan lapuran terkini, kesemua saluran injap telah terbuka dan berfungsi secara normal dan tiada pembedahan perlu dijalankan. Wang deposit saya di kembalikan dan saya disuruh pulang.
En Hakim Hazrat Moulana Bashir Ahmed Usmani Saheb sendiri, telah menyediakan ubatan ini dan juga memberitahu saya ramuan-ramuannya serta cara penyediaannya seperti mana dibawah...
Sediakan bahan-bahan ini...
1 cawan jus lemon
1 cawan jus halia
1 cawan jus bawang putih
1 cawan cuka epal
3 cawan madu
Bancuh kesemua ramuan tadi - jus lemon + jus halia+ jus bawang putih + cuka epal (kecuali madu) dan jerang (panaskan) perlahan-lahan selama setengah jam sehingga kira-kira 1 cawan kandungan campuran tadi telah terwap keluar (evaporate) dan hanya tinggal 3 cawan sahaja. Biarkan sejuk kemudian masukkan 3 cawan madu.
Isikan ke dalam balang bersih dan minumlah sebanyak 3 sudu teh ketika perut kosong setiap pagi.
Insya Allah, dengan izin Allah anda akan sembuh.
(Dari Mufti Mohammed Kantharvi. London UK)
Diedarkan oleh AYP (Azaadville) untuk berkhidmat buat semua insan. Semoga khidmat kecil ini diterima Allah.
Blogger Comment
Facebook Comment