loading...

Jangan 'Judge' Suami Yang Jenis 'Muka Ketat'. Nampak Tak Romantik, Tapi Realitinya Siapa Tahu?

Ketika anda melihat seorang suami yang marah-marahkan isterinya di hadapan orang ramai, jangan terus sangka buruk tentang dia kerana boleh jadi lelaki itu jika di rumah lebih mesra dibandingkan suami anda. Romantik tak semestinya ditunjuk, ini rahsia suami isteri yang hanya mereka saja tahu bagaimana mengurusnya.

Tren suami menunjuk-nunjuk sayang dan romantik depan orang ramai mula menghangat akhir-akhir ini, dalam Instagram dan Facebook boleh kita lihat kawan-kawan yang meraikan pasangannya dengan begitu romantik. Tetapi janganlah pula menggores perasaan anda yang jarang menerima layanan sebegitu. Boleh jadi suami yang lembut manja itu sebenarnya sedang memerangkap isteri untuk memaafkannya setelah terkantoi berkhianat.

Suami yang asyik serius saja mungkin lebih setia dari ‘Brad Pitt’ yang kononnya romantik tapi sudah pun terkantoi berkhianat. Macam-macam kisah rumah tangga orang tak semestinya boleh kita ramalkan sejurus menyaksikan tingkah laku pasangan di hadapan orang ramai. Jangan tertipu oleh luaran yang indah kerana rahsia rumah tangga sebenarnya begitu kompleks tiada siapa yang faham selain pasangan itu sendiri.

Ada pasangan yang jenis nyaring bercakap tapi lembut dalam bilik tidur, ada pula yang jenis tunjuk baik depan orang tapi bercakaran bila di rumah. Ada yang pendiam, dua-dua senyap dalam rumah tapi pandai jaga perasaan satu sama lain. Ada yang tak sempat bermanja-manja atas sebab tanggung jawab yang berat menggalas keperluan anak-anak yang ramai. Ada yang tak perlu cakap manis sudah pun dilayan manis oleh pasangannya, ada yang mesti diminta dan diajar untuk berlembut dan romantik oleh isteri tapi tetap lupa bila tarikh anniversary mereka. Tak perlu risaulah mencari-cari kesedihan akibat tidak dilayan romantik, nikmati saja saat-saat bersamanya dengan penuh kesyukuran itulah setinggi-tinggi rasa romantik yang disuruh Allah.

Mencari-cari aib pasangan sendiri merupakan kerja bodoh yang boleh mencetuskan konflik, tetapi jika usaha ini dilakukan untuk memperbaiki hubungan suami isteri apakah ia dibolehkan? Sebenarnya banyak cara Allah tunjukkan kepada kita agar kita membuka mata hati dan memperbaiki kesilapan terhadap pasangan kita. Kadang-kadang anda tak bermaksud hendak menjadi ‘spy’ kepada suami sendiri, tiba-tiba saja Allah yang tunjuk rahsia-rahsia suami yang terbuka tanpa anda cari. Aib suami merupakan aib isteri, senang saja hendak kantoikan suami dengan gerak geri yang mudah dibaca. Isteri memiliki instinct yang kuat, gerak hati yang hampir tepat dan penciuman yang tajam mengalahkan serigala pencari mangsa.

Biasanya isteri bertanya ke mana suami pergi, siapa kawan-kawannya, buat apa ketika jauh dari rumah, cek telefon suami, bagaimana dia membelanjakan wangnya, apa hobi suami yang mungkin menjejaskan masa berkualiti dan orang-orang istimewa di sekelilingnya yang mungkin boleh menjadi pencabar isteri, benda-benda ini adalah normal bagi isteri yang mahu suami tidak berubah dan amanah sebagai pemimpin rumah tangga. Seharusnya para suami bersyukur jika memiliki isteri yang prihatin, menjaga urusan suami sehalus-halusnya. Daripada hal menjaga keperluan seksual suami, mata dan hatinya disucikan, pergaulan dikawal mengikut batas-batas agama, menolong suami menjadi lelaki kuat beriman walaupun dia berhadapan dengan fitnah wanita.

Isterilah yang bertanggung jawab menolong suami menjadi lelaki suci pada pandangan, suci zahir dan batin. Sesuai dengan firman Allah SWT yang bermaksud: “Katakanlah kepada laki-laki yang beriman,’Hendaklah mereka menahan pandangan dan memelihara kemaluan. Yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.’” (QS. An-Nur [24] : 30).

Mengapa salahkan isteri jika dia menjaga kesucian suaminya, perbuatan ini bukan tanda isteri queen control, ia suruhan Allah dan sunnah NabiNya yang dengan terang menjelaskan bahaya mendekati zina, janganlah tunggu sampai isteri kantoikan suami baru hendak menyesal. Buatlah langkah pencegahan supaya suami tidak mendekati jalan-jalan zina, jaga mata, hati, telinga suami daripada maksiat. Tolong dia tunjukkan jalan-jalan kebaikan, jalan menuntut ilmu dan mencari bekalan iman yang semakin susut dicabar dugaan dunia.

Rasulullah s.a.w bersabda: ”Sesungguhnya Allah telah menetapkan atas diri anak keturunan Adam bagiannya dari zina. Dia mengetahui yang demikian tanpa dipungkiri. Mata bisa berzina, dan zinanya adalah pandangan (yang diharamkan). Zina kedua telinga adalah mendengar (yang diharamkan). Lidah (lisan) bisa berzina, dan zinanya adalah perkataan (yang diharamkan). Tangan bisa berzina, dan zinanya adalah memegang (yang diharamkan). Kaki bisa berzina, dan zinanya adalah ayunan langkah (ke tempat yang haram). Hati itu bisa berkeinginan dan berangan-angan. Sedangkan kemaluan membenarkan yang demikian itu atau mendustakannya.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Dulu suami mungkin garang kepada isteri, ada hikmahnya apabila suami terkantoi berkhianat dan berubah menjadi suami lebih bertanggungjawab, lemah lembut dan menghargai isteri. Jika sudah meminta maaf dan bertaubat janganlah ditutup pintu harapan yang kedua.










 

Baca di website

from info psikologi http://ift.tt/2l2Svqx via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close