loading...

Main Balas Kata-kata Di IG, Punyalah Sweet Anzalna Hargai Suami...

Tahniah buat Anzalna Nasir dan suaminya, Hanif Zaki yang telah menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama pada 21 Februari yang lalu. Pasangan yang cukup romantis ini telah memuat naik foto perkahwinan mereka di Instagram dengan kapsyen yang agak romantis. Antara ayat-ayat romantis yang menjadi kapsyen gambar-gambar yang dimuat naik:

“Time flies… 12 years of knowing you and today is our first anniversary of being husband and wife. The question that always plays in mind when im with you is Wujud ke lelaki macam ni? Because you’re too perfect! you always make me feel like im the luckiest woman on earth. Alhamdulillah.. Thank you sayang… @hanif_zaki #21/2”

“Exactly one year ago i got married to this beautiful lady! Ya Allah, how fast time flies! No one can ever replace you from the morning i wake up till i lay my head beside you! The comfort and love that i feel when i am with you! Those are irreplaceable! Happy Anniversary my love, my wife @anzalnanasir88 #212 #hanzalna #akadnikah #alhamdulillah”

Ketika dihubungi, Anzalna yang terkenal dengan sikap ramahnya, menjelaskan dia berasa cukup beruntung kerana sudah setahun bergelar isteri kepada Hanif.

“Alhamdulillah dan syukur kehadrat ilahi kerana Allah telah memanjangkan jodoh kami. Saya tidak pernah rasa nak kira berapa tahun saya sudah mengenali Hanif dan seterusnya bergelar suri hati kepada lelaki yang saya cintai. Sebabnya saya tak pernah jemu mencintai dia. Bila dikira tahun memang sudah lama saya kenal Hanif, semakin bertambah hari dan tahun namun hati saya berasa bagaikan baru sehari mengenali diri Hanif.

CARA ANZALNA PIKAT SUAMI

“Sebagai seorang isteri saya pikat suami menerusi penjagaan yang rapi. Dari hujung rambut ke hujung kaki saya akan jaga. Walaupun saya keluar shooting namun saya akan pastikan sebelum keluar saya akan sediakan baju hinggalah ke stokin dan kasut yang akan dipakai oleh Hanif saya akan sediakan terlebih dahulu.

“Hanif juga sangat mengambil berat tentang diri saya. Kami sama-sama saling mengambil berat dan menjaga pasangan. Saya akan pastikan tanggungjawab sebagai seorang isteri ditunaikan dan tidak akan biarkan suami terabai. Bila saya pulang lewat dari lokasi penggambaran biasanya Hanif akan berjaga. Tidak kiralah saya pulang lewat malam atau awal pagi dia tidak akan tidur selagi saya belum pulang.

Saya bersyukur dikurniakan suami yang cukup prihatin. Paling manis apabila kami menyambut bersama ulang tahun perkahwinan semalam. Makan malam yang cukup indah itu menjadi lambang kepada cinta kami,” terang Anzalna yang tidak pernah merancang soal cahaya mata dan sentiasa berdoa diberi rezeki oleh Allah untuk dia bergelar ibu.

Baca di website

from Peristiwa http://ift.tt/2meYMRL via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close