Semalam gempar di media sosial apabila seorang banduan dikatakan lolos untuk bertemu dengan ibunya yang sudah uzur.
Tapi kisah sebenarnya tidak seperti yang digembar-gemburkan di media sosial.
Sebenarnya, pesalah tersebut melarikan diri dari Mahkamah Majistret di Segamat selepas dijatuhkan hukuman penjara 7 bulan akibat kes berkaitan dadah. Dia ditahan smeula lepas setengah jam lari di kawasan belukar berdekatan rumahnya.
Ketika kejadian terdapat tiga polis pengiring yang menggarinya bersama enam pesalah lain. Namun dia meloloskan diri dan lari melalui pintu hadapan mahkamah.
Menurut polis lagi, pesalah mampu meloloskan tangan dari gari disebabkan saiz pengelangan tangan kanan agak kecil.
Rumah pesalah cuma dua kilometer dari mahkamah. Pesalah ditemui dirumahnya sambil memeluk ibunya.
Netizen meluahkan rasa sedih melihat foto pesalah tersebut dan ibunya yang kelihatan sudah uzur.
Kredit: Buletin Media
loading...
loading...
loading...
loading...
Blogger Comment
Facebook Comment