loading...

Racun VX yang membunuh Kim Jong-Nam

Negara kita telah digemparkan dengan kisah kematian abang pada pemimpin Korea Utara dua minggu yang lalu. Namun, perkara yang begitu menarik perhatian adalah tentang jenis racun yang dikatakan menjadi pilihan dalam kes pembunuhan tersebut – Agen saraf VX.

Image result for vx kim jong nam

 

APAKAH SEBENARNYA AGEN VX INI?

Agen VX atau nama IUPAC nya O-ethyl S-[2-(diisopropylamino)ethyl] methylphosphonothioate) adalah sejenis organophosphate toksik yang melumpuhkan fungsi saraf. Ia juga digunakan sebagai agen kimia dalam peperangan.

 

Image result for vx nerve agents

 

Agen VX ini sangat poten, Cuma 10 mg saja sudah cukup untuk membunuh seorang dewasa melalui sentuhan di kulit. Ia dikatakan lebih poten berbanding sarin, agen yang digunakan untuk membunuh ribuan mangsa dalam serangan Ghouta, Rif Dimashq, Syria pada tahun 2013.

Image result for ghouta sarin attack

 

 

Tidak seperti sarin yang wujud dalam bentuk gas dan mudah dibebaskan untuk membunuh ratusan manusia, VX adalah cecair yang likat dan mempunyai kadar ruapan yang rendah. Teksturnya seperti minyak. Namun, ia adalah agen yang sangat berguna untuk dijadikan agen berterusan (persistent agent) di persekitaran.

 

BAGAIMANA AGEN VX MEMBUNUH MANGSA?

 

Agen organophosphate termasuk agen saraf dan pestisid yang membunuh serangga adalah perencat kepada enzim acetylcholinesterase di saraf. Malathion yang banyak digunakan untuk mengawal serangga seperti nyamuk dan ubat kutu contohnya, adalah sejenis agen organophosphate. Namun, ia memberi kesan ketoksikan yang rendah kepada manusia.

 

Image result for vx acetylcholinesterase

 

Agen VX berupaya merencat enzim acetylcholinesterase secara kekal tanpa tidakbalas berbalik. Enzim ini berfungsi untuk mengurai neurotransmitter acetylcholine di saraf. Tanpanya, neurotransmitter acetylcholine tidak akan dapat dimusnahkan dan akan terdapat kebanjiran neurotransmitter ini di persimpangan saraf-saraf dan saraf-otot motor. Ini akan menyebabkan saraf sentiasa diaktifkan (hyperactivation).

Image result for organophosphate acetylcholinesterase

Penguraian neurotransmitter acetylcholine kepada asid asetik dan choline oleh enzim acetylcholinesterase

 

MENGAPA KAWALAN NEUROTRANSMITTER ACETYLCHOLINE INI PENTING?

 

Tubuh kita mempunyai kawalan ketat terhadap pelbagai yang kita tidak begitu sedari. Pernafasan, degupan jantung, pergerakan usus, kerdipan mata, pembesaran pupil yang mengawal cahaya masuk kedalam mata – semua ini aktiviti yang kita tidak perlu fikir pun untuk melakukannya.

 

Image result for parasympathetic nervous system

Semuanya terasa berlaku secara automatik bila kita membuka mata, aktiviti tersebut tetap saja berjalan. Hatta tatkala kita tidur. Pernahkah kita terfikir ‘sekarang jantung perlu berdegup satu… dua… tiga’. Tidak pernah bukan?

Sebenarnya, aktiviti-aktiviti tersebut dikawal oleh sistem saraf autonomik. Neurotransmitter acetylcholine adalah perantara penting dalam regulasi impuls sistem saraf parasympathetic – sistem yang mengawal keadaan ‘rest and digest’ dalam tubuh kita.

Image result for parasympathetic nervous system rest and digest

 

Pengaktifan sistem saraf yang dikawal oleh neurotransmitter acetylcholine di paru-paru contohnya, mengaruh keadaan pengecutan peparu (bronchoconstriction). Ia juga menyebabkan vasodilatasi (pengembangan) salur darah, pengecutan otot, penghasilan mukosa dan pengecilan pupil mata.

 

Image result for parasympathetic nervous system

 

Jadi apabila agen VX terdapat dalam sistem tubuh kita, ia akan menambat pada enzim acetylcholinesterase pada saraf dan merencat aktiviti enzim ini. Ini akan mengakibatkan kebanjiran neurotransmitter acetylcholine pada neuron dan akan berterusan mengaktifkan neuron tersebut. Ini akan mengakibatkan aktiviti yang dikawal oleh neuron tersebut seperti pengecutan peparu, vasodilatasi salur darah, pengecutan otot berlaku tanpa henti dan tanpa kawalan lagi.

 

Image result for organophosphate acetylcholinesterase

Perencatan oleh organophosphate pada tapak aktif acetylcholinesterase

Bayangkan keadaan kita bernafas – ada pengembangan peparu ketika kita bernafas dan pengecutan ketika kita menghembusnya bersilih ganti. Dengan kehadiran agen ini, pengecutan peparu berlaku tanpa henti. Kita tidak akan berupaya bernafas lagi!

Image result for nerve agent poisoning

MUNGKINKAH ADA RAWATAN JIKA KITA TERDEDAH PADA AGEN INI?

Jika symptom-simptom seperti kesukaran bernafas dan penghasilan mukosa dari hidung dan mulut belum lagi membunuh kita, mungkin kita boleh dirawat dengan perencat aktiviti acetylcholine seperti atropine yang akan menambat pada reseptor muscarinic dan merencatnya dari diaktifkan oleh acetylcholine. Pralidoxime juga mungkin boleh menyelamatkan nyawa anda kerana ia berupaya untuk menambat juga pada enzim acetylcholinesterase dan menambat pada organophosphate disitu untuk meleraikannya dari enzim tersebut.

 

Image result for atropine mechanism of action

 

Namun, tempoh masa yang diperlukan untuk agen VX beraksi yang pendek (pada amaun yang sedikit) untuk menghentikan nafas dan degupan jantung… mungkin peluang untuk Kim Jong-Nam terselamat darinya sangat tipis!

 

from Root of Science http://ift.tt/2mgYnl7 via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close