Tanyalah mana-mana wanita yang berumur di luar sana, mesti ada yang pernah di’tackle’ oleh lelaki yang lebih muda daripadanya. Mula-mula jual mahal tetapi tak pelik kalau lama-lama boleh terpikat!
Nak tahu sebab apa lelaki suka sangat pada wanita yang berumur? Inilah rahsianya atau mungkin anda juga salah seorang daripadanya...
1. Tak cepat nak mengamuk dan membebel
Wanita berumur bijak mengawal emosi sebab dia tak suka berpura-pura. Sedangkan ada wanita yang muda suka ber’drama’, kuat merajuk dan mengada-ngada. Sikap terus terang inilah yang buat lelaki mudah suka.
2. Tak kisah bentuk badan
Ada setengah lelaki, tidak ambil kisah pun pasal bentuk badan. Macam itu juga dengan wanita yang berumur yang langsung tidak kisah pasal bentuk badan. Banyak benda lain yang hendak difikirkannya. Contohnya, kesihatan dan penyakit berbanding dengan cara diet yang melampau!
3. Pandai berdikari, tak harapkan orang lain
Kebanyakan wanita yang berumur ini, sudah ada karier yang kukuh. Dia tak bimbang tentang apa yang dia inginkan dan boleh lakukan apa sahaja kerana dia mampu bertanggungjawab dengan kehidupannya sendiri.
4. Banyak pengalaman
Pengalaman cinta yang sebelum ini sudah cukup memberi pengajaran dan pengalaman. Sekarang, dia ingin fokuskan pada masa hadapan dengan hidup berkeluarga.
5. Lebih memahami dan bersifat terbuka
Lelaki pilih wanita berumur bukan kerana ingin mengharapkan segala-galanya tanggungjawab atas bahu wanita. Sebaliknya wanita berumur ini boleh menjadi teman dan pendengar yang baik serta sesuai dengan peranannya.
Ingat! Jika anda ditakdirkan jodoh dengan wanita berumur, sayangi dirinya seperti anda mula-mula pikat dia. Jangan nak menggatal cari pucuk muda pula!
Blogger Comment
Facebook Comment