loading...

"Kakak Tak Mahu Masuk Syurga Ke..."

Tolong mak ayah pun sebenarnya salah satu cara mudah nak peroleh pahala dan melangkah ke syurga Allah. Tapi kenalah dibuat dengan ikhlas.

Ini tidak, baru tolong mak sikit, merungutnya panjang berkajang-kajang. Sakit tanganlah, lenguh kakilah. Bila mak-mak ada anak yang kuat merungut macam ini, tak pasal-pasal mak pun jadi geram. Macam manalah nak pujuk anak biar ikhlas membantu. Tak perlu dipaksa-paksa buat kerja.

Tip ini mak-mak boleh praktik. Minta anak bantu tanpa memaksa mereka.

Imbuhan Itu Booster!

Katakan jika tolong mak, mak akan bagi duit untuknya beli aiskrim. Pasti si kecil akan ringan tangan membantu.

Penatnya Mak Hari Ini...

Beritahu anak, anda sudah penat seharian buat kerja itu dan ini. Sekarang tiba masa tolong mak pula. "Boleh Amni tolong ibu ambilkan barang sekian-sekian." Minta dengan suara yang sedih dan simpati. Anak tentu tak akan sampai hati membiarkan anda keletihan.

Hadiahkan Ke Taman

Kanak-kanak memang suka bermain di taman permainan. Sebut sahaja anda akan bawa mereka ke situ pasti akan melompat kegirangan. Umpan dengan mengatakan anda akan bawa dia ke sana jika tolong anda buat kerja rumah. Ibu perlu tepati janji ya, jika anak sudah membantu.

Mengungkit Demi Kebaikan

Salah satu tip, anda boleh katakan sudah banyak pertolongan yang anda buat untuk anak. Anda sudah basuh bajunya, masak untuknya, pakai baju untuknya dan banyak lagi. "Tidak bolehkah jika Amni tolong mak kali ini. Amni pula tolong mak." Pasti dia akan tolong anda. Tidak salah mengungkit dengan anak sendiri.

Nak Masuk Syurga Tak?

Mungkin anak tidak berapa faham apa itu Syurga. Tapi anda boleh terangkan kepadanya terlebih dahulu. Dengan itu anda katakan jika tolong anda, ayah dan adik, kakak akan dibalas syurga dan dapat pahala. "Kakak tidak mahu ke syurga ke." Pasti dia akan membantu anda.

Keajaiban Pelukan Mak

Sebelum anda meminta tolong, bermanja dengan terlebih dahulu. Puji, peluk dan ciumnya. Lepas itu anda minta pertolongannya. Bila dia dah dapat upah emosi sebegitu, dia tidak lagi berkira. Tak pasal-pasal, tak perlu suruh dia dah buat kerja yang anda belum minta.
 

Baca di website

from info psikologi http://ift.tt/2nd42Z0 via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close