loading...

Perhatikan 7 Perlakuan Pelik Anak Perempuan Anda, Awas! Itu Tanda Dia Bakal Mangsa Seks

Mak-mak sila ambil perhatian bila anak perempuan khususnya remaja mula berubah laku. Anak perempuan anda tak lagi anak perempuan manja anda. Tapi dia mula lakukan 7 tanda yang disenaraikan.

Berhati-hatilah mak-mak, sebab ini adalah tanda-tanda anak anda bakal menjadi mangsa jenayah seksual. Yang paling menyeramkan, hasil daripada kajian yang dijalankan kebanyakan pemangsa adalah dari kalangan individu yang dikenali. Contohnya, ayah, datuk, abang, adik beradik sendiri.

Bukan mahu menakut-nakutkan, tapi tanda-tanda sekecil ini perlu diambil peduli agar tidak menjadi isu besar sehingga anda tidak lagi mampu melindungi anak perempuan kesayangan anda.

  1. Anak tak lagi minta duit pada mak ayah.
  2. Mak ajak makan, anak perempuan beri alasan dah kenyang.
  3. Sering sendirian di dalam bilik.
  4. Anak kita dapat hadiah yang pelik dari kebiasaan.
  5. Tiba-tiba suka berangan.
  6. Tak pasal-pasal suka melawa.
  7. Gayanya seperti orang 'mabuk' bercinta.

Pelihara Anak Perempuan Kita Dengan Ikhtiar Ini

Hindari Cermin Besar

Ada pendapat yang menyarankan anak perempuan jangan diberi cermin besar sebab ia boleh jadi tarikan pada anak gadis melawa atau melaram. Mintalah anak perempuan kita baca doa semasa menatap cermin, agar tidak diganggu dengan hasutan-hasutan jahat 'syaitan' yang membisikkan ke dalam hati sucinya untuk berbuat perkara negatif.

Pisahkan Tempat Tidur

Bila anak perempuan dah masuk umur 9 tahun, pisahkanlah tempat tidurnya dengan adik-beradik lelaki. Masa ini anak-anak sudah mula mengenal dan akan timbul pelbagai persoalan dalam benak fikirannya.

Jangan Berfikiran Taboo

Kita terlalu dipegang oleh pantang larang, sampai hal yang sepatutnya dimaklumkan pada anak tidak disampaikan. Ketika anak sudah masuk 9 tahun, kita perlu terangkan sistem reproduksi manusia. Larangan mendedah atau menyentuh bahagian intim anak perempuan mahupun lelaki. Kesan, akibat larangan itu. Terangkan dengan jelas. Biarkan mereka tahu daripada kita, bukannya Internet atau orang lain yang kita tidak tahu niat di sebaliknya.

Yang Mak-mak Kena Tahu

  • Remaja lelaki kurang cenderung dengan tarikan seksual berbanding remaja perempuan antara umur 13 tahun ke atas.
  • Ini kerana, usia sebegini remaja perempuan tagihkan perhatian dan pujian daripada kawan-kawan mahupun orang sekeliling.

Olahan tip: Seminar Jenayah Seksual Kanak-kanak: Hentikan!, 13&14 Mac 2017, PWTC, Kuala Lumpur

Baca di website

from info psikologi http://ift.tt/2mZp5fJ via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close