loading...

Status Ibu Dengan Anak Susuan Dalam Islam. Ikuti Kupasan Dari Ustaz Ini.

Anak susuan ialah bayi yang berusia kurang dua tahun dan telah disusukan oleh seseorang wanita yang bukan ibunya dengan sebanyak lima kali penyusuan penuh atau sehingga bayi tersebut kenyang. Ikuti penerangan dan hukum yang dikupas oleh Ustaz Mohd Fikri Che Hussain mengenai anak susuan ini.

 

Islam membenarkan seseorang ibu itu menyusu kepada bayi lain kerana dalam sesetengah situasi ia memberikan kebaikan dan memenuhi keperluan tertentu seperti ketika ibu bayi tersebut meninggal dunia sewaktu kelahiran ataupun ibu itu menghidap sakit yang menghalangnya daripada menyusukan anak dan selainnya. Keadaan seperti ini memerlukan wanita lain menyusukan bayi tersebut bagi meneruskan kehidupan bayi tersebut. Malah Islam menggalakkan perbuatan tersebut sebagai satu cara dalam melakukan kebajikan sesama manusia. Nabi Muhammad s.a.w sendiri mempunyai ibu susuan iaitu Tsuwaibah al-Aslamiyah dan Halimah al-Sa’diyah.  Bagi ibu susuan yang menyusukan anak angkatnya untuk dijadikan mahram, maka perkara itu diharuskan dan tiada nas yang melarang. Namun, jika anak angkat itu telah berusia lebih dari dua tahun maka dia tidak lagi menjadi anak susuan dan ia dikira sebagai ‘bukan mahram’ kepada ibu susuan dan bapa susuan itu tadi.

 

Hubungan Ibu Susuan Dan Anak Susuan

Jika seorang wanita itu menyusu seorang bayi, maka bayi itu menjadi anak susuannya dan suaminya, malah ia dikira sebagai mahram dengan dua syarat ini;

1.Pertama, penyusuan itu dilakukan ketika usia bayi di bawah dua tahun dengan kiraan kalendar Hijrah (Qamariyah). Seandainya, penyusuan kepada bayi itu yang berusia lebih dari dua tahun, ia tidak mengakibatkan persoalan mahram dan ia dikira aurat orang asing sebagaimana biasa.

2.Kedua, wanita itu telah menyusui bayi tersebut sebanyak lima (5) kali susuan pada waktu yang terpisah-pisah. Maka penyusuan yang kurang dari lima (5) kali susuan, tidak membabitkan persoalan mahram.

 

Jika penyusuan telah memenuhi dua syarat di atas, barulah bayi yang disusui itu menjadi anak susuan bagi wanita yang menyusuinya. Maka selepas itu muncullah hukum mahram. Misalnya, jika bayi itu lelaki, haram hukumnya dia mengahwini ibu susuannya. Haram juga dia mengahwini perempuan yang pernah disusui oleh ibu susuannya, termasuklah anak-anak perempuan atau cucu perempuan daripada ibu susuannya itu.

 

Mahram

Adik beradik susuan daripada anak kandung ibu susuan dan ayah susuan tadi dikira sebagai mahram muabbad (kekal). Mereka tidak boleh berkahwin dan tidak batal wuduk jika bersentuhan serta batas aurat mereka seperti adik beradik kandung. Namun daripada segi mahram, hanya dengan ibu susuan, ayah dan adik beradik kandung dari susuan yang sama sahaja adalah mahram, tetapi dengan ahli keluarga lain tetap bukan mahram, seperti ibu saudara, ayah saudara, anak ibu saudara dan sebagainya. Begitu juga daripada aspek wali, ayah susuan tidak boleh menjadi wali kepada anak perempuan susuan dan dia masih perlu mendapatkan ayah kandung sebenarnya menjadi wali bagi perkahwinannya. Sekiranya bapa kandungnya tiada atau tidak dapat ditemui, maka anak susuan tadi perlu menggunakan khidmat wali hakim. Selepas bayi itu menyusu daripada ibu susuan itu tadi, maka dia adalah mahram kepadanya secara kekal kepada;

•               Ibu yang menyusukan

•               Suami ibu susuan

•               Ibu bapa kepada ibu susuan

•               Ibu bapa kepada suami ibu susuan

•               Adik beradik kepada ibu susuan

•               Adik beradik kepada bapa susuan

•               Anak-anak dan cucu kepada ibu dan bapa susuan

•               Anak-anak dan cucu kepada ibu susuan

•               Anak-anak dan cucu kepada bapa susuan

Layari laman web

from Kehamilan http://ift.tt/2ncVyRE via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close