10 Tempat Percutian Paling Mahal Di Dunia! Malaysia Pun Ada Dalam List Lah !!!
Siapa yang tak suka pergi bercuti. Memang seronok sangat kalau dapat pergi bercuti dalam masa sama boleh hilangkan stres kerja.
Siapa yang tak suka pergi bercuti. Memang seronok sangat kalau dapat pergi bercuti dalam masa sama boleh hilangkan stres kerja.
Tetapi tahukah anda terdapat beberapa tempat percutian di dunia ini yang harganya memang membuatkan anda terkejut?
Berikut 10 tempat percutian ekslusif dan penuh privasi yang terdapat di dunia!
1. Musha Cay (Bahamas)
Sebahagian daripada ‘Out Island of the Exumas’, Musha Cay terdiri daripada 11 pulau cantik. Lebih mengejutkan mereka yang ingin menginap di Musha Cay perlu menyewa seluruh pulau!
Kos penginapan sehari mencecah USD37, 500 (RM166,462).
2. Cayo Espanto (Belize)
Pulau kecil berkeluasan empat ekar ini menawarkan pelbagai perkhidmatan istimewa. Daripada chef peribadi sehinggalah ke guru menyelam, segalanya menanti anda sebaik tiba di pulau itu.
Kos menyewa seluruh pulau mencecah USD11,000 (RM48,829) sehari.
3. Guana Island (British Virgin Island)
Berkeluasan 850 ekar, pantai ini hanya mampu menampung sehingga 30 tetamu dalam satu masa.
Kos penginapan untuk satu kotej (rumah kecil) mencecah USD695 (RM3,08) untuk satu malam.
4. Cocoa Island (Maldives
Sesuai untuk percutian penuh romantik dan diatas air, mereka yang berminat perlu membayar USD750 (RM3,329) untuk satu malam.
5. Villa Corallina (Tahiti)
Terletak di Motu Fareone, sebuah pulau kecil di Moorea, resort ini terkenal dengan keindahan pantai serta flora dan fauna.
Kos penginapan mencecah USD350 (RM1,553) untuk satu malam.
6. Bunga Raya Island Resort (Malaysia)
Siapa sangka di Malaysia pun ada tempat percutian yang ekslusif? Terletak di satu kepulauan kecil di Borneo, Bunga Raya Island Resort menawarkan 47 vila yang dibina oleh rakyat tempatan.
Memiliki segala kemudahan termasuk WiFi, kos penginapan untuk satu malam mencecah USD540 (RM2,397).
7. Mantangi Private Island Resort (Fiji)
Fiji terdiri daripada 332 pulau, jadi mereka yang gemar bercuti di pulau mungkin berminat terbang ke Fiji.
Terletak di pulau berkeluasan 240 ekar, caj penginapan untuk satu malam mencecah USD610 (RM2,707).
8. Fregate Island Resort (Seychelles)
Terletak di selatan Lautan Hindi, Fregate menawarkan keindahan pantai yang memukau. Ia merupakan tempat istimewa untuk melihat kura-kura gergasi dan pokok banyan.
Menawarkan percutian penuh glam dan romantik, kos penginapan satu malam mampu mencecah USD2,855 (RM12, 676)!
9. Sonora Resort (British Columbia)
Mereka yang berminat dengan aktiviti lasak seperti kayak, fly-fishing mungkin berminat untuk ke Sonora Resort.
Memiliki taraf lima bintang, kos penginapan untuk satu bilik mencecah USD500 (RM2,219).
10. Indigo Bay Resort (Mozambique)
Menawarkan keindahan flora dan fauna, aktiviti meninjau burung (180 spesies) merupakan antara tarikan utama.
Memiliki 30 chalet dan 14 vila, kos penginapan untuk satu malam mampu mencecah USD545 (RM2,419).
from HANASUVA
Blogger Comment
Facebook Comment