Kanak-kanak sedang membesar mudah terdedah kepada pelbagai jangkitan kuman yang boleh menyebabkan mereka diserang penyakit. Oleh itu sebagai ibu bapa penting untuk anda mendidik anak-anak menjaga kesihatan diri supaya kurang risiko untuk jatuh sakit.
1. Ajar mereka untuk kerap mencuci tangan dengan betul dan menggunakan sabun. Didik mereka untuk basuh tangan sebelum dan selepas makan, selepas bermain dan juga selepas menggunakan tangan.
2. Beriadah atau melakukan aktiviti sihat dengan bermain di taman atau sebagainya dapat mengurangkan risiko si kecil mendapat demam selesema. Amalan cara hidup yang sihat membuatkan sel-sel menentang jangkitan kuman berjalan lancar, malah ia lebih baik berbanding pengambilan ubat-ubatan.
3. Biasakan anak anda tidur secara teratur dan jadikan ia rutin setiap malam. Tidur yang cukup akan membuatkan anak-anak anda lebih sihat selain melatih mereka untuk lebih berdisiplin.
4. Selain cara hidup yang sihat, amalan pemakanan yang sihat juga penting untuk kesihatan anak-anak anda. Cara terbaik memenuhi keperluan vitamin dan mineralnya iaitu dengan banyak makan sayur dan buah-buahan. Pilih makanan yang kaya dengan vitamin C seperti brokoli, strawberi dan kiwi, makanan yang kaya dengan vitamin D seperti ikan tuna, susu dan bijirin. Mengamalkan makan yogurt diperkaya probiotik aktif juga boleh meningkatkan ketahanan tubuh.
5. Mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari dengan menggunakan sabun untuk mencuci kotoran dan menghilangkan kuman yang melekat pada badan.
6. Gosok gigi selepas makan atau dua kali sehari pagi dan malam supaya kesihatan mulut juga turut terjamin.
Blogger Comment
Facebook Comment