loading...

Hidup Jarak Jauh Bukan Alasan Pasangan Nak Curang, Duduk Sebumbung Pun Boleh Jadi Kalau Gatal!

Ramai yang ragu-ragu dengan pasangan sendiri sebab hidup berumah tangga secara jarak jauh. Lagi teruk bila dengar atau terbaca macam-macam kes di media sosial, manalah hati tak gundah gulana! Haaa... sebenarnya tak perlu susah hati sebab anda boleh kuatkan rumah tangga dengan beberapa cara, ikuti perkongsian dari Perunding Psikologi Keluarga & Guaman Syarie, Puan Suzana Ghazali ini...

Masih ramai yang berikan alasan, jarak jauh atau bertemu sesekali menjadi punca kepada masalah kebanyakan hubungan suami isteri kini. Hakikatnya, jarak jauh bukan alasan untuk bercerai atau beralih arah atau pun putus kasih sayang.

Secara logiknya, takkan ada halangan untuk capai bahagia walau berjauhan sebab kasih sayang yang ada di sebalik hubungan jarak jauh pasangan suami isteri ini juga berasal daripada individu-individu yang hidup berasingan sebelum ini.

Tak percaya? Berapa kerat pasangan yang berkahwin dengan individu dari satu rumah? Kalau sama-sama dari satu rumah anak yatim yang sama, memang tak mustahil. Itu pun jarang-jarang berlaku.

Rata-ratanya individu berkahwin dengan seseorang dari rumah yang berlainan atau dari daerah malah negeri yang berlainan. Jika jarak jauh bukan alasan untuk membibitkan rasa cinta, saling berkasih sayang kemudiannya mengambil keputusan untuk bersatu menjadi pasangan suami isteri, wajarkah jarak jauh dijadikan alasan untuk tidak lagi berkasih sayang?

TIP PERTAMA: Komunikasi Unggul

Tak perlu tinggal sebumbung untuk wujudkan komunikasi unggul. Tika inilah pengorbanan perlu dan dituntut iaitu untuk memahami kehendak keadaan semasa. Jika perlu berjauhan kerana urusan kerja maka perlu berusaha untuk mengekalkan semarak cinta. Andai berpeluang untuk kembali tinggal bersama, maka ia menjadi satu bonus yang perlu disyukuri.

Hingga saat itu, ada lima panduan yang boleh diaplikasikan agar cinta anda bersama pasangan komuter kekal mekar dan harum mewangi. Perkara paling penting ialah sentiasa sedar diri iaitu sedar mengenai status anda sebagai suami atau sebagai isteri. Bila anda sedar diri, anda akan berjaya mengawal diri agar tidak melakukan sesuatu yang melukakan hati pasangan malah sentiasa berusaha untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab anda sebagai suami atau isteri seperti yang disarankan oleh syarak.

TIP KEDUA: Kena Jaga Bab Komunikasi

Jika berkemampuan, usahakan untuk ‘berkumpul’ bersama pasangan dan anak-anak minima sekali dalam masa dua minggu. Hingga tempoh tersebut, sentiasalah berhubungan sama ada melalui telefon atau chatting atau apa saja mekanisme komunikasi yg ada di zaman penuh canggih ini. Tiada alasan untuk menjarakkan hubungan biarpun berada berjauhan jika benar-benar menghayati dan menghargai kasih yang ada.

TIP KETIGA: Jangan Uji Pasangan

Jangan cuba-cuba untuk menguji kesetiaan sendiri terhadap pasangan. Jangan juga mengada-ngada memasarkan diri sendiri konon nak ‘test market’. Bukan saja suami malah isteri juga kerana anda kini bukan berseorangan lagi walau bersendiri.

TIP KEEMPAT: Kena Jaga Batas Pergaulan

Bataskan hubungan anda dalam bergaul dan berkawan. Elakkan hubungan yang mesra terutamanya dengan rakan berlainan jantina termasuk tidak boleh keluar berdua sahaja tak kira apa juga alasannya – tumpang balik sekali atau minum sekejap cuma.

Kajian membuktikan kebanyakan kes berkaitan orang ketiga yang menjadi punca kepada pecah belah dalam hubungan suami isteri bermula daripada hubungan relaks dan santai yang tidak diniatkan untuk ‘memasang yang baru’. Elakkan juga daripada berkongsi masalah dengan rakan berlawanan jenis tak kira masalah dengan pasangan atau masalah anda yang lain.

APA YANG PATUT BUAT

Paling utama, berdoa. Sentiasa berdoa agar kasih sayang suami isteri sentiasa utuh, kekal dan mekar hingga ke akhir hayat. Tak perlu tunggu waktu solat sahaja sebaliknya berdoalah setiap ketika kecuali tika qadha hajat – buang air kecil atau besar. Insya-Allah, dengan segala ikhtiar dan doa anda kepadaNya, kasih sayang suami isteri akan kekal bersemarak hingga akhirnya. Boleh berdoa dengan ayat anda sendiri, boleh juga gunakan doa Rabitah atau doa ‘Ukashah yang pernah diajarkan oleh ulama terdahulu.

MASALAH INILAH YANG SELALU JADI ISU

1. Cemburu

Isu yang sering ditimbulkan ialah cemburu dan masalah kewangan yang dihadapi. Benarlah cemburu tanda sayang tapi cemburu melampau atau cemburu tanpa sebab akan menjadi virus dalam rumah tangga. Bagi mengelakkan cemburu yang wajar berlaku, batasilah hubungan anda dan wajarkanlah cara anda berkomunikasi dengan rakan-rakan anda.

2. Keewangan

Berkaitan kewangan pula, realitinya kewangan bukan masalah utama jika bijak menguruskannya. Hiduplah sesuai dengan saiz periuk sendiri, bukan periuk orang lain. Suami laksanakan tanggungjawab yang wajib dan isteri membantu. Suami boleh gunakan waktu terluang yang ada kerana bersendirian tanpa isteri untuk melakukan kerja sampingan bagi menambah pendapatan.

Hendak seribu daya, mahu seribu cara. Anda pernah berjaya mewujudkan cinta jarak jauh, tak ada alasan untuk anda menghilangkannya pula atas alasan yang sama...


 

Baca di website

from info psikologi http://ift.tt/2oPam7v via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close