loading...

Mak-Mak Mudah Stres Kalau Anak Jenis Susah Makan. Fahami Apa Puncanya!

"Eh, susah betul nak bagi anak aku makan. Semua dia tak nak. Letih masak, dia tolak semuanya," keluh Nisa tentang perangai anaknya yang susah makan.

Masalah si kecil tak nak makan adalah masalah yang biasa dihadapi oleh ramai ibu. Biasanya kanak-kanak yang susah makan digelar sebagai picky eater.

Picky eater bermaksud anak masih mahu makan bermacam jenis makanan, sama ada yang biasa dimakan atau yang tak pernah dimakan tapi menolak untuk makan dalam kuantiti yang banyak. Ini ada kaitan dengan rasa dan tekstur makanan tersebut. Walaupun memilih makanan, kanak-kanak picky eater masih boleh makan sejenis makanan dari setiap kategori karbohidrat, protein, dan sayur/buah. Contohnya kalau anak tak mahu makan nasi, tapi dia masih mahu makan roti.

Selective eater adalah kanak-kanak yang menolak semua jenis makanan dalam kategori makanan tertentu. Contohnya dia langsung tak mahu makan makanan dalam kategori karbohidrat, sama ada nasi, roti, atau mee.

Sebenarnya, picky eater pada anak adalah satu perkara yang normal kerana secara umumnya semua kanak-kanak akan melalui fasa memilih makanan pada usia 2 hingga 3 tahun. Lain halnya dengan anak selective eater yang berisiko mengalami kekurangan zat dan khasiat tertentu.

Kalau anak mengalami masalah susah makan yang cenderung picky eater, maka anda perlu tahu punca utama anak mengelakkan makanan seperti tak suka tekstur, rasa, dan lain-lain.

Sekiranya anak memang ada masalah di kawasan mulutnya seperti sensori oral dan motorik oral, maka perangai picky eater itu boleh jadi adalah salah satu gejala ketidakstabilan kawasan mulut. Akibatnya, timbul reaksi si kecil jadi memilih-milih makanan.

Layari laman web

from kanak-kanak http://ift.tt/2nZSBCh via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close