Ada fakta yang mengatakan kanak-kanak yang dirangsang otak kanannya akan menjadi lebih bijak, cerdik dan positif. Ibu ayah disarankan melakukan rangsangan pada otak kanan anak sejak si kecil berusia seawal enam bulan.
Otak kanan sebenarnya lebih efektif jika dibandingkan sebelah kiri tetapi perlu dilatih dan kerap merangsangnya.Otak anak pada enam tahun pertama usianya bersifat seperti span.
Mereka mudah menerima rangsangan. Oleh itu dedahkan kepada ilmu yang menyeronokkan supaya dapat membina minat dan kecenderungan anak terhadap ilmu.
Bermain Tanah Liat
Dengan menggunakan kreativiti membuat pelbagai bentuk haiwan, objek dan sebagainya membantu otak kanan anak aktif berfikir.
Beriadah Dan Bersenam
Untuk mendapatkan otak yang sihat dan cerdas, kita perlu memiliki tubuh badan yang sihat dan baik. Senaman boleh menjana minda yang cerdas untuk anak-anak anda.
Menggunting
Belajar menggunting pelbagai jenis bentuk, garisan atau apa sahaja gambar.
Bermain Sudoku
Perkenalkan permainan sudoku yang mudah untuk si kecil anda kerana ia berupaya menambah ketajaman minda anak anda.
Melukis
Kreativiti anak dirangsang melalui aktiviti melukis. Biarkan mereka melukis apa sahaja yang diimaginasikan.
Membaca Dan Bercerita
Buku cerita yang menarik tentu buat si kecil teruja atau anda juga boleh meminta anak menyambung cerita yang anda ceritakan. Biarkan mereka menggunakan daya imaginasi.
Permainan Pendidikan
Membina motor halus dan kemahiran lain menggunakan permainan pendidikan untuk kanak-kanak termasuk aktiviti awal pembelajaran, blok, permainan dan pembelajaran interaktif.
Kad Imbasan
Mula perkenalkan abjad atau nombor. Apabila kad bergerak laju, otak kanan bekerja keras untuk menangkap apa yang ditunjukkan.
Makanan Sunnah
Selain aktiviti yang Makanan sunnah seperti kismis dan kurma amat baik untuk otak si kecil anda. Ia dapat membentuk minda kanak-kanak yang sihat, selain meningkatkan penumpuan dan menguatkan memori.
Makanan-makanan Lain
Selain makanan sunnah, makanan lain yang baik untuk otak seperti ikan salmon, avokado, minyak zaitun, telur dan tomato. Makanan-makanan ini dapat membantu meningkatkan kemampuan otak serta kekuatan ingatan.
Tip
Tak perlu buat aktiviti-aktiviti ini dalam tempoh yang lama untuk mengelakkan anak bosan. Masa disarankan lebih kurang setengah jam sahaja.
Blogger Comment
Facebook Comment