Siapa Jejaka ‘Japanese Looks’ Ini? Beliau Dedah Punca Sebenar Tampal Surah Al-Baqarah Di Kereta Lumba
Sekali
pandang jejaka ini kelihatan seperti seorang lelaki yang berasal dari
Jepun dek kerana rupa parasnya. Tapi percayakah korang Rio Haryanto,
pelumba Grand Prix 2 Series ini berasal daripada Indonesia.
Sejak
semalam nama lelaki ini mulai viral gara-gara sekeping foto kereta
miliknya yang ditampal surah Al-Baqarah dan membacanya sebelum
perlumbaan.
Ketika
ditanya oleh media mengenai ayat yang ditampal di keretanya itu, Rio
yakin ianya membuatkan dirinya lebih tenang ketika berlumba.
Ini dapat membuatkan diri saya lebih berasa tenang saat tampil di litar
Dalam
kancah GP2 yang disertainya ketika ini, Rio tampil cukup hebat
berbanding kehadirannya pada awal musim, malah namanya sudah mula
dikenali ramai sejak berusia 17 tahun apabila muncul menjuarai sirkit
Turki.
Bukan
calang-calang orang juga, sebab impiannya mahu berlumba dan menjadi
rakyat Indonesia pertama berlumba di Formula One satu hari.
Rupanya
minat terhadap dunia permotoran ini sejak kecil lagi dan bakatnya telah
diasah sewal umur 6 tahun. Hasilnya berjaya memenangi pertandingan
lumba go-kart ketika itu.
Nama
Rio Haryanto ternyata sangat terkenal di Indonesia lebih – lebih lagi
dalam kalangan para gadis. Mana tidaknya, handsome kan?
Kalau dulu di Malaysia Alex Young sering disebut-sebut, sekarang siapa?
Blogger Comment
Facebook Comment