10 Perkara Menarik Di Pentas Akhir MLM 2017 Yang Penonton Tidak Tahu ..
Selepas 12 minggu bersiaran, program Maharaja Lawak Mega (MLM) 2017
melabuhkan tirainya dengan menyaksikan kumpulan Bocey dinobatkan sebagai
juara.
Kemenangan Bocey juga telah mencipta sejarah dalam MLM kerana buat
pertama kalinya peserta program realiti tersebut, bergelar juara dua
tahun berturut-turut.
Selain mencipta sejarah tersendiri, ada beberapa lagi perkara menarik
berlaku sepanjang pentas akhir MLM 2017 berlangsung semalam (Jumaat)
yang penonton tidak tahu.
1. Abam Bocey hilang 'mood' selepas mikrofon mereka tidak berbunyi ketika persembahan pembukaan.
2. Dzawin mengetuai bacaan doa di bilik solekan sebelum tirai MLM 2017 dibuka.
3. Ramai yang tidak perasan Achey Bocey mengalami kecederaan lutut ketika sedang melakukan persembahan pertama mereka.
4. Kumpulan Shiro bawa dua bas penyokong dari Kluang, termasuk Ketua Kampung Shahrol.
5. Selain itu, kumpulan Tenggara Familia yang juga penyokong Shiro hadir
bersama dram semata-mata untuk memberi semangat kepada Shiro.
6. Dewan Wawasan, Jitra, Kedah havoc dengan paluan gendang Bridget Lawak dan Tenggara Familia.
7. Anak sulung Shahrol turut hadir memberikan sokongan kepada bapanya
dan sempat bergambar dengan semua juri MLM 2017. Bertuahnya Adam!
8. Laluan masuk ke Dewan Wawasan sesak kerana kereta yang diparkir di
bahu jalan dan keadaan hujan lebat menambahkan lagi kesesakan.
9. Datuk Aznil membuat standing ovation selepas persembahan pertama kumpulan Shiro.
10. Pada saat akhir, penjualan tiket ditambah 100 keping lagi.
Markah keseluruhan peserta di pentas akhir MLM 2017:
Bocey: 70.40
Shiro: 66.98
Dzawin: 64.71
Zero: 64.28
Puteh: 55.63
sumber: astro gempakz
loading...
loading...
loading...
loading...
Blogger Comment
Facebook Comment