Macam-macam resepi yang ada sekarang ni. Mungkin ada yang pernah dengar resepi Roti Poket Doraemon ini.
Namun ada yang masih pelik mendengar nama resepi ini.
Resepi ini sesuai untuk minum petang ataupun untuk anak-anak anda.
Memang mudah dan hasilnya sangat lazat! Apa lagi, jom cuba resepi Roti Poket Doraemon!
Bahan-bahan:
(A) Roti Poket Doraemon– Sebuku roti
– 2 biji telur ayam dipukul
– Serbuk roti
(B) Inti
– Isi ayam dipotong kecil-kecil
– 2 biji bawang besar dipotong dadu
– 1 biji cili benggala dipotong dadu
– 2-4 sudu besar mayonis
– Serbuk lada hitam
– Minyak atau mentega untuk menumis
Cara penyediaan:
1. Amik 2 keping roti kemudian gelekkan kedua-dua rotitersebut sehingga leper.
2. Gunakan mangkuk untuk mendapatkan roti dalam bentuk
bulat.
3. Celup roti dalam telur yang dipukul tadi sehingga rata.
4. Kemudian ratakan roti dengan serbuk roti sehingga rata.
5. Gorengkan roti tersebut dan selepas disejukkan, potong dua
roti tersebut seperti bentuk poket.
6. Untuk inti, panaskan marjerin, kemudian masukkan bawang
sehingga naik bau, kemudian masukkan ayam yang telah
dipotong dan lada hitam.
7. Apabila ayam sudah empuk, masukkan cili benggala dan
masukkan mayonis dan gaul sehingga cukup masak.
8. Selepas siap masukkan inti dalam roti poket yang telah
digoreng tadi.
Memang cukup mudah dan sangat lazat. Pasti ramai yang nak cuba lepas ni!
Selamat mencuba!
Sumber Foto: Miznunublog
Blogger Comment
Facebook Comment