Bank Deposit RM100,000 Dalam Akaun Peniaga Kopi Secara Tiba Tiba.. Apa Jadi Lepas Tu Mesti Sume Terharu?
Apa yang akan anda rasa jika tiba-tiba wang RM100,000 masuk ke dalam akaun bank?
Seorang peniaga kedai kopi di Kedah terkejut apabila menerima
panggilan dari sebuah bank yang memberitahu mereka tersilap memasukkan
wang sebanyak RM100,000 ke akaun peribadi miliknya pada Khamis.
Sinar Online melaporkan, peniaga kedai kopi terbabit yang dikenali
sebagai Ah Seng, 28, (bukan nama sebenar) menjelaskan dia membuat urusan
di bank terbabit pada 27 April lalu namun langsung tidak menyedari
kesilapan yang berlaku.
“Selepas habis urusan, pihak bank bagitau sudah memasukkan sejumlah
wang sebagai faedah yang diperolehi ke dalam akaun dan saya hanya
mengiakan saja.
“Seperti biasa, saya keluarkan wang di bank berjumlah RM1,300 pada 28
April kerana ingin keluar daerah memandangkan cuti hujung minggu serta
cuti umum hari pekerja 1 Mei lalu, tapi tak sedar langsung ada sejumlah
wang baki di akaun,” katanya.
Menurutnya lagi, pada jam 4 petang Jumaat, pihak
bank menghubunginya
dan memaklumkan tersalah memasukkan wang dan meminta agar wang itu
dikembalikan semula.
Ah Seng kemudian membuat pemeriksaan dan terkejut apabila mendapati jumlah baki di bank adalah RM98,688.55.
Disebabkan berada di luar kawasan, dia berjanji akan memulangkan wang di bank sebaik sahaja pulang ke Sungai Petani.
Wang terbabit selamat dikembalikan semula pada Selasa selepas bank
mula beroperasi. Menurut Ah Seng, pihak bank turut berterima kasih
kepada beliau.
“Pagi semalam (Selasa), sebaik sahaja bank mula beroperasi, saya ke
sana untuk memulangkan baki yang ada dan membayar semula wang yang saya
guna.
“Pihak bank kemudian mengucapkan terima kasih atas kejujuran dan memohon maaf atas kesilapan,”katanya.
Kesilapan seumpama ini dirasakan sangat jarang berlaku di Malaysia.
Tetapi di Australia, kejadian yang hampir sama pernah berlaku
membabitkan seorang pelajar Malaysia.
Sumber: Sinar Online
loading...
Home / Kisah Benar
/ Bank Deposit RM100,000 Dalam Akaun Peniaga Kopi Secara Tiba Tiba.. Apa Jadi Lepas Tu Mesti Sume Terharu?
loading...
loading...
loading...
Blogger Comment
Facebook Comment