Kenapa Restoren MAMAK Bersepah Dan Lebih Popular Dari Kedai Lain.. Ni Fakta Yang Korang Tak Tau ..
Masyarakat
mamak atau disebut ‘mapley’ di Malaysia adalah keturunan India-Muslim
yang berwarganegara Malaysia. Berabad dahulu, masyarakat India Muslim
ini kebanyakkannya berhijrah dari India Selatan ke Semenanjung Tanah
Melayu dan pelbagai lokasi di Asia Tenggara.
Kehadiran
masyarakat India Muslim yang dianggap sebahagian daripada masyarakat
India Malaysia ini melengkapkan lagi perpaduan kaum di negara kita.
Sama seperti penerimaan golongan ini ke Malaysia, begitu jugalah makanan mamak yang disajikan.
1) Beroperasi 24 jam
Carilah diceruk manapun, pasti gerai dan restoran mamak ini sentiasa beroperasi 24 jam.
Mungkin ini juga penariknya mengapa masakan mamak semakin diterima pelbagai golongan.
Dan tidak keterlaluan jika dikatakan ada juga yang ‘ketagih’ dengan makanan mamak.
Suatu
ketika dahulu, orang India Muslim hanya berniaga nasi kandar secara
kecil-kecilan di tepi-tepi jalan dan kemudiannya menawarkan minuman.
Ia
kemudiannya dikembangkan kepada gerai yang lebih besar sehingga ke
konsep restoran serta mempelbagaikan hidangan dengan operasi 24 jam.
Presiden
Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Noorul Hassan Saul Hameed
berkata, perniagaan restoran mamak mampu memperoleh pendapatan lumayan
berdasarkan usaha gigih seseorang pengusahanya.
Industri
restoran mamak mampu menjana ekonomi kira-kira RM8 bilion setahun
berdasarkan kajian terhadap lebih 7,500 restoran mamak di negara ini.
Konsep makanan sepanjang masa pada harga berpatutan menjadi kunci utama kepada kejayaan tersebut.
2) Trend budaya masyarakat baru
Kewujudan
restoran atau kedai makan yang beroperasi selama 24 jam sehari bukan
sekadar menyediakan kemudahan pengunjung untuk mengisi perut yang lapar,
tetapi fungsinya kini lebih daripada itu apabila turut dijadikan tempat
bertemu, melepak dan mengadakan perbincangan dengan kenalan.
Kini,
impaknya lebih drastik apabila turut disediakan perkhidmatan wifi yang
membolehkan mereka online secara percuma walaupun hanya sekadar minum
segelas teh tarik.
Suasana di restoran ini ‘hidup’ sepanjang hari tanpa mengira siang mahupun malam.
3) Selera pengguna
Dulu, masakan dan gerai-gerai mamak lebih popular di Pulau Pinang sahaja di mana cukup terkenal dengan nasi kandar.
Namun kini, pengusaha restoran mamak lebih cekap memahami selera dan citarasa pengguna serta mengikuti trend dan pasaran semasa.
Daripada
nasi kandar, makanan berlauk dan bergoreng, makanan ringan, hidangan
Asia serta Barat sehingga ke pastri dan kek, semunya tersedia di sini
mengikut selera pelbagai golongan pelanggan yang terdiri daripada mereka
yang berpendapatan rendah sehingga melibatkan orang kenamaan yang
melibatkan masyarakat berbilang bangsa.
Pensyarah
Antropologi Sosial di Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra
Malaysia (UPM), Dr. Sarjit S. Gill, berkata, kewujudan restoran mamak 24
jam ini berjaya mengumpul masyarakat majmuk di negara ini.
Ia
menggambarkan kehadiran restoran mamak 24 jam ini sebagai salah satu
faktor yang menggalakkan pembentukan budaya masyarakat baru yang
mengalami evolusinya yang tersendiri.
Posted: GedebakViral
loading...
Home / Info
/ Kenapa Restoren MAMAK Bersepah Dan Lebih Popular Dari Kedai Lain.. Ni Fakta Yang Korang Tak Tau ..
loading...
loading...
loading...
Blogger Comment
Facebook Comment