KOTA BHARU: Akibat menaikkan harga minuman teh 'o' ais dari RM2.80 hingga RM4 segelas, seorang pemilik restoran di Kota Bharu, didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu, kerana kesalahan mencatut.
Hakim Mahkamah Sesyen, Adli Abdul Ghalib menjatuhkan hukuman denda berkenaan terhadap pemilik restoran di Jalan Tok Hakim di sini kerana tidak mematuhi Peraturan 3(1) Peraturan Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2014.
Pemilik Restoran Ozarah Cafe, Jessica Choo Kim Lian, mengaku salah dan membayar denda yang dikenakan.
Mengikut fakta pertuduhan, Jessica didakwa mencatut dengan mengenakan harga segelas teh o ais dengan menaikkan harga dari RM2.80 kepada RM4 di Jalan Tok Hakim pada 29 September lalu.
Sumber: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pengusaha-restoran-di-kelantan-caj-rm4-segelas-teh-o-ais-kena-denda-rm8-000-123183
Blogger Comment
Facebook Comment