loading...

DNA, Mutasi dan Kanser

Apa itu kanser?
Kanser adalah suatu nama yang digeruni. Kanser tidak berjangkit dan boleh menyerang sesiapa sahaja tidak mengenal usia atau keturunan. Kanser juga bukan selalunya diakibatkan oleh jangkitan dan tiada patogen yang menyebabkan kanser secara langsung.

Kanser diakibatkan oleh sel-sel yang membahagi secara tidak terkawal dan merebak ketisu yang berhampiran. Kebanyakan sel normal dalam tubuh kita sentiasa membahagi. namun begitu, ada juga sel yang mati bila sampai waktunya. Kadar pembahagian dan kematian sel ini adalah dikawal dalam homeostasis yang ketat.

Cuba anda perhatikan jari-jari dan tapak tangan anda. Saiznya tidak begitu berubah hari demi hari bukan? (kecuali jika anda bertambah berat badan akibat penumpukan sel lemak… itu cerita lain!).Kanser berlaku apabila sel membahagi dengan lebih pantas atau sel tidak mati bila sepatutnya mati.

cell-division

Apakah penyebab kanser berlaku?

 

Ramai yang mengatakan kanser adalah ‘multifactorial’. Apakah yang dimaksudkan dengan istilah tersebut? Keturunan? Pemakanan? Gaya hidup? Pendedahan pada bahan karsinogenik? Rokok? Candu? Ganja?
Retinoblastoma, contohnya, adalah sejenis kanser malignan yang berasal dari sel retina di dalam mata. Kanser jenis ini selalunya menyerang kanak-kanak terutamanya yaang berumur dibawah setahun. Walaupun retinoblastoma terkait rapat dengan mutasi gen yang diwarisi, sebahagian dari kes retinoblastoma tidak mempunyai kaitan keturunan.

Retinoblastoma pada mata kanan kanak-kanak

Jadi bagaimana faktor-faktor yang disebutkan sebelum ini menyumbang terhadap kes kanser ini?

 

Retinoblastoma adalah disebabkan oleh mutasi pada kromosom 13, yang mengekod gen RB1.

Gen adalah jujukan spesifik asid deoksiribonukleik (DNA) yang akan dinyahkod oleh ribosom untuk membentuk protein.

Protein RB1 berfungsi sebagai regulator negatif atau protein penindas bagi transkripsi gen-gen yang berfungsi untuk menggalakkan pembahagian sel. Apabila mutasi berlaku pada gen ini, protein yang terhasil dari jujukan DNA ini tidak lengkap dan menyebabkan protein ini kehilangan fungsi, pembahagian sel akan tidak dapat dikawal, maka terjadilah kanser. Protein RB1 ini dikategorikan sebagai salah satu dari ratusan protein ‘penindas tumor’.

 

Rajah menunjukkan bagaimana mutasi pada jujukan DNA menghasilkan protein yang tidak normal. Dalam kes ini hemoglobin yang terhasil dari mutasi DNA menyebabkan sel darah merah yang berbentuk sabit dan kurang efisyen untuk mengangkut oksigen. Ini terjadi dalam kes anemia sel sabit. (tiada kaitan dengan kanser, tetapi konsep mutasi yang menyebabkan protein tidak berfungsi boleh digunapakai)

Ada tiga kelompok gen yang penting untuk kemaslahatan homeostasis sel kita:

onkogen, penindas tumor dan gen bagi protein-protein yang terlibat dalam mekanisma pembaikan DNA.

Kanser boleh terjadi apabila berlakunya mutasi pada ratusan gen dalam kelompok tersebut. Mutasi ini ada yang diwarisi dari ibu dan bapa, ada juga yang terjadi secara spontan.

 

Anda mungkin pernah mengikuti kisah Angelina Jolie yang menjalani pembedahan mastektomi untuk membuang kedua-dua payudaranya dan histerektomi untuk membuang ovari, uterus dan serviks. Beliau melakukan pembedahan-pembedahan ini setelah didapati beliau mewarisi mutasi pada gen yang mengekod protein BRCA1 dan BRCA2.
Protein-protein ini terlibat dalam proses pembaikan DNA (DNA repair).

Apabila kita mempunyai mutasi pada protein ini, proses pembaikan DNA kita tidak berlaku dengan efisyen. Ini akan menyebabkan sel dalam tubuh kita senang mengalami mutasi. Jadi, sel kita lebih terdedah untuk bertukar menjadi sel kanser. Mutasi pada gen BRCA telah dikaitkan dengan peningkatan risiko terhadap kanser payudara dan kanser ovari.
Mengapa mekanisma pembaikan DNA ini adalah mustahak?

 

Ada lebih tiga trillion sel dalam tubuh kita. Setiap satu sel tersebut mempunyai peluang untuk bertukar (secara spontan) untuk menjadi sel kanser akibat kerosakan DNA. Ia boleh berlaku atas pelbagai sebab.

dna_replication

Proses replikasi atau penyalinan DNA

Secara semulajadi, DNA kita amat mudah terdedah dengan mutasi ketika penyalinan DNA (DNA replication)berlaku. Setiap kali sel hendak membahagi, DNA juga perlulah disalin supaya sel yang berikutnya juga dapat salinan genetik yang sama. Kesilapan dalam penyalinan, kegagalan untuk menyambung DNA setelah dipotong untuk laluan protein, kesilapan penyambungan DNA semuanya mungkin berlaku ketika proses penyalinan DNA ini dan menjadi sebab mutasi sel.

mitosis

Mitosis – Pembahagian sel

Namun begitu, kita mempunyai mekanisma pembaikan DNA yang akan mengesan dan membaiki semua kerosakan ini.
Jika kita tidak bernasib baik, ada juga sel yang ‘mempunyai DNA yang rosak’ terlepas. Tetapi sistem imun kita dapat mengesan dan memusnahkannya dari tubuh kita. Sel kita juga sebenarnya dilengkapi dengan ‘fail-safe switch’ yang akan membuatkan sel rosak tersebut membunuh dirinya sendiri (apoptosis).
Jika semua ini dapat dilepasi, barulah sel mutasi tersebut dapat bermandiri dan terjadilah kanser.
Jadi mengapa kita patut berusaha menjalani kehidupan yang sihat, makan makanan yang berkhasiat, menjauhi karsinogen,dan sebagainya jika kanser dapat berlaku pada sesiapa sahaja?
Berbalik pada mutasi dan kerosakan DNA. Bahan karsinogen seperti yang terdapat pada asap rokok dan ganja contohnya menyebabkan kerosakan pada sel (dan juga DNA). Bahan-bahan makanan dan persekitaran dan tabiat yang tidak sihat juga meningkatkan risiko kanser. Ini mungkin disebabkan setiap satunya menyumbang kepada peningkatan radikal bebas dan superoksida yang boleh merosakkan DNA.

dna-damage

Contoh-contoh kerosakan DNA

Ini akan membebankan sistem tubuh kita untuk membaiki segala kerosakan tersebut. Kerosakan DNA akan menyebabkan mutasi, mutasi mungkin menyebabkan kanser.
Kita juga perlu makan makanan yang berkhasiat dan menjalani hidup yang sihat yang menyumbang kepada sistem imun yang ampuh untuk memusnahkan sel-sel yang rosak tersebut.

 

Adakah makanan yang ada vitamin tertentu atau tinggi antioksida dapat diambil sebagai penawar terhadap kanser?
Makanan-makanan yang tinggi vitamin dan antioksida bukan penawar untuk kanser.
Makanan-makanan ini mungkin dapat membantu untuk merendahkan paras radikal bebas dan superoksida dalam tubuh kita.

Jika diambil secara sihat, mungkin membantu untuk merendahkan risiko kanser.

from Root of Science http://ift.tt/2fOEGga via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close