loading...

( Jenjalan ) Trip UK Tak Sampai 2k .. Siyes Arrrr ...






Nah .. walaupun ni cite lama tapi saya nak post juga, kenapa? Sebab saya tak dapat pergi ke UK tapi dia ni munkin bagi harapan bagi rakyat marhein macam saya untuk pergi. Kalau tak sampai 2k pergi UK, munkin kita boleh menyimpan sikit-sikit. Walaupun tempat tak mewah sebab bajet tak banyak atleast kita dapat jejak kaki sana.

Seriously, saya jeles tengok dia pergi Stamford Bridge hahaha! Update terbaru kawan kita syafiq, sekarang dia berada di UK buat kali kedua dengan cara backpackers juga tetapi kali ini dia bawa family sekali pergi. Semoga beliau selamat di sana dan selamat sampai di tanah air Malaysia.

::: Harga sekarang munkin berbeza dengan harga pertama kali beliau pergi, tunggu dia balik nanti saya post apa jadi pada trip kedua.


Ramai yang punya impian untuk melancong ke luar negara terutamanya London namun mempunyai kekangan dari segi kewangan.

Sebenarnya, anda boleh melancong ke London dengan bajet sangat-sangat minimal iaitu RM1,800 jika kena cara yang betul.

Ikuti tips berguna yang dikongsikan oleh saudara Syafiq Farhan yang melalui sendiri pengalamannya.



BAJET TRAVEL : RM1,800

Westminster Abbey Big Ben - London Eye - Emirates Arsenal - Stamford Bridge Chelsea - London Bridge - Tower Bridge - Buckingham Palace - Trafalgar Square - National Gallery - Windsor Royal Shopping - West Ham - Malaysian Hall - Old Trafford Manchester - Etihad Manchester City

- Tiket Flight Promo (Qatar Airways)

Ramai yang bertanya "Berapa kau habis pergi UK" saya jawab RM1,800 & total RM4,100 termasuk flight. Wow kenapa murah!? Ya, Jujur sebelum ini saya ada plan sendiri untuk pergi ke UK dan setelah kira2 kos keseluruhan tersebut adalah RM12,000 (RM5,000 Flight Sahaja). Mcm mana boleh pergi dengan hanya total RM4,100 sahaja inc.flight? Tambah lagi duit kita tengah jatuh sekarang hehe

Jawapannya di Backpackers Buddies Malaysia (BBM). Setelah mengumpul & pelajari dari group BBM saya dan rakan saya Izzül Irfan dan dibantu oleh kak Mardhiah Md Zakir ingin berkongsi pengalaman tips ketika travel ke London & Manchester dengan bajet yang rendah.

1. Rancang trip sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum berangkat.

2. Beli flight yang tengah promote seperti Vietnam Airlines atau Royal Jordan Airways (banyakkan buat research) Contohnya Kos flight return KLIA - UK standard adalah RM5,000 tapi Vietnam Airlines hanya RM1,800-RM2,500 sahaja (book awal).

3. Rancang tempat yang ingin pergi. Ini boleh menjimatkan perbelanjaan.

4. Jangan tinggal di Hotel 3 & 4 Bintang sebab kita nak tidur je, Sebaiknya booking tempat tido semurahnya cth hostel (rm75/semalam) atau bayswater (RM120/semalam) berdekatan dgn bus station & underground tube.

5. Tetapkan bajet perbelanjaan sebelum memulakan trip (kalau boleh bawa lebih dari bajet jika ada emergency)

6. Tukar duit di Malaysia terlebih dahulu kerana lebih murah berbanding di luar negara.

7. Gunakan public transport kerana public trasport di sana jauh lebih murah. Contohnya dengan hanya £20 anda boleh gunakan Underground Tube (Train Bawah Tanah) selama seminggu.

8. Jimatkan perbelanjaan makanan, Kalau boleh stanby Maggie sebanyak boleh, kat Malaysia pon ada Spagetti Chicken Chop hehe



Setiap orang boleh pergi tempat yang diinginkan dengan bajet yang jauh lebih murah dengan cara Backpackers sahaja! Saya sudah merelesasikan impian saya untuk menjejakkan kaki di UK dengan bajet jauh lebih murah dari yg apa yang difikirkan, Anda bila lagi? ‪

Kredit : Syafiq Farhan via page BBM


Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close