( Kesihatan ) Ubat Batuk Dan Selsema Bahaya Untuk Kanak-Kanak Bawah 2 Tahun?
Sebelum teruskan artikel. cuaca skang x berapa elok .. dan aku ada anak .. batok dan selsema tiap bulan .. kalau dah teruk memang takde cara lain dan bagi ubat .. kesian tengok dorang .. nak buang kahak pon tak pandai. Kalau teruk sangat pergi la buat neb .. dan ada sekali sedut kahak .. seksa tengok dorang .. baru 2 tahun wei .. ok ni artikel yang dipetik dari FB: https://www.facebook.com/MedicalMythbustersMalaysia/posts/1177301532360343
Rumusan wawancara bertajuk "Penggunaan Ubat di Kalangan Kanak-Kanak" pada 12 November 2016 di Rancangan Assalamualaikum, TV Al Hijrah.
1. Penggunaan ubat batuk dan selsema di kalangan kanak-kanak berumur bawah dua tahun adalah tidak digalakkan.
2. Tidak semua ubat yang selamat digunakan oleh orang dewasa boleh digunakan untuk kanak-kanak.
3. Ubat batuk dan selsema boleh menyebabkan sawan, gangguan pernafasan, peningkatan kadar degupan jantung dan kematian pada kanak-kanak.
4. Batuk dan selsema biasa akan sembuh sendiri tanpa rawatan dalam masa 5-7 hari. Penggunaan ubat batuk dan selsema tidak dapat mempercepatkan proses penyembuhan.
5. Pastikan anak anda mendapat bekalan cecair secukupnya. Gunakan titisan garam isotonik untuk mencairkan hingus dan mukus. Sedut hingus dari hidung menggunakan penyedut yang boleh dibeli di farmasi.
6. Gunakan alat penyukat yang sesuai seperti picagari sewaktu memberi apa-apa jenis ubat-ubatan kepada bayi dan kanak-kanak.
7. Sekiranya bayi anda demam, dapatkan pemeriksaan dari doktor dengan segera. Suhu yang tinggi di kalangan bayi boleh menyebabkan berlaku komplikasi yang lebih serius.
8. Ubat menurunkan suhu seperti paracetamol adalah selamat digunakan untuk bayi. Ikut arahan berkenaan dos dan cara penggunaan seperti yang diterangkan oleh doktor atau ahli farmasi.
9. Sekiranya anak anda memerlukan vitamin tambahan, dapatkan produk yang sesuai dengan umur anak anda.
10. Sentiasa peka dengan label ubat. Tanya ahli farmasi sekiranya terdapat kekeliruan berkaitan ubat-ubatan anda.
Blogger Comment
Facebook Comment