loading...

( Kisah Benar ) Kisah Inspirasi Pelajar Terbaik Sains Politik. Bukan Senang Nak Senang

ohbulankonvouiam
Kami perhatikan dalam seminggu dua ini ramai mengambil peluang berkongsi foto di hari konvokesyen mereka. Macam-macam gaya ada. Tak kurang juga ada yang mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada insan yang banyak membantu.
Terutamanya ibu bapa yang selama ini tidak mengenal penat lelah demi memastikan anak mereka berjaya. Berikut perkongsian lelaki ini tentang kecekalan ibu bapa membesarkan anak walau dalam serba kekurangan.

Melunas amanat ibu

screen-shot-2016-11-08-at-4-20-02-pm
Jangkaan saya perjuangan belajar itu terlalu perit. Rupanya hari kebanggaan kita tanpa seorang ibu jauh lebih menyakitkan dan hiba pagi saya hari ini.
I survived 3 years undegraduate life in IIUM with Bachelor of Human Sc (Political Science) (First Class Honours). Expecting to be graduated in January 2017 instead of January 2016. I managed to anticipate it. Kerana saya mengerti akan #HargaSebuahDerita
Rasa puas dan bangga dengan apa yang dicapai. Tidak ternilai pengorbanan ibu saya membesarkan saya dalam sebuah kampung dan kasih ayah yang sentiasa mengutamakan pendidikan.
Masih terbayang kecewanya ibu saya apabila saya gagal Ujian Peta Kajian Tempatan Tahun 5 dan sanggup keluarkan wangnya membelikan peta untuk saya hafal. Ibu saya seorang yang pantang anaknya rendah pengetahuan am.
Hasilnya, hari ini saya berada dalam Sains Sosial seperti minat ibu saya semasa mudanya. Hari ini saya masih melunas amanat impian ibu saya untuk belajar di UIAM.

Yakin dengan pendidikan

screen-shot-2016-11-08-at-4-25-33-pm
Andai dia masih bernyawa, gegak gempita lah cerita dibawa anaknya pelajar terbaik Sains Politik. Rasa bertuah usaha membesarkan.
Yang saya tinggal hanyalah seorang ayah yang gigih membesarkan. Mengorbankan masa apabila saya sakit.
Mungkin kalian boleh berkata betapa sombongnya seorang Zubair dalam statusnya. Tapi, tahukan kalian masa kecil saya dalam keluarga berpendapatan rendah dengan ayah saya berhijrah ke KL untuk mencari rezeki dan ibu mengambil upah menjahit dan menjual hasil tanaman kampung.
Mana mungkin saya lupa rm 0.50 duit belanja persekolahan dan pergi ke sekolah dengan motor capuk. Mana mungkin saya lupa saat terakhir ibu saya bertarung dengan kanser setelah jutaan pengorbanan diberikan pada saya.
Tidak meminta simpati, tetapi hari ini ingin saya berkongsi. Yakinlah pendidikan mampu mengeluarkan kita dari kepompong kemiskinan. Usaha saya berbaloi dengan tajaan Yayasan Cemerlang semasa pembelajaran saya peringkat ijazah.
Inilah perjalanan saya. Cita2 saya bukan untk menggapai awan utk menjadi sakti. Cita2 saya setiap kali kejayaan disebut mengalirlah pahala rahmat kasih Pencipta buat ibu saya dan ayah saya.
Doakan perjalanan saya, perjuangan keluar dari lumpur mengidamkan tembaga.
Sumber : Zubair Mustafa
Credit: OhBulan
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close