Tips: Makan ikan bakar memang sedap .. tapi ingat bawak duit lebih sikit .. yang sedap tak selalunya murah .. apa pon untuk makan sekali sekala apa salahnya .. kalau betol kasi share ok
Credit: http://saji.my
7 Restoran Ikan Bakar Di KL Patut Terjah
Terlalu banyak pilihan makanan di
Malaysia. Dari yang tawar kepada manis, pedas dan masam, masam dan
manis, dihidangkan pula dengan pelbagai jenis minuman yang mempunyai
pelbagai rasa dan warna selain sejuk dan panas.
Tidak lengkap rasanya jika menyebut
tentang makanan tetapi tidak menyebut ikan bakar bersama-samanya. Bukan
satu, dua tempat sahaja yang menyediakan hidangan ikan bakar.
Namun, jika sedang berada di Kuala
Lumpur atau akan berkunjung ke Kuala Lumpur tidak lama lagi, apa kata
anda cuba tempat-tempat ini.
Pastikan anda pulang dengan pengalaman makan seperti yang anda tonton di rancangan makan-makan di kaca tv!
#1 Gerai No. 3, Medan Ikan Bakar Bellamy
Medan Ikan Bakar Bellamy dibuka 5 hari
seminggu iaitu Isnin sehingga Sabtu bermula tengahari sehingga 11 malam.
Ia terletak di Lorong Bellamy (Jalan Bellamy), 50480 Bukit Petaling,
Selangor. Oleh kerana ia sebuah medan selera, maka banyaklah gerai di
situ.
Walau bagaimanapun, medan selera itu
akan dipenuhi dengan ramai pelanggan pada waktu tengahari. Oleh itu,
dapatkan masa yang terbaik untuk ke Medan Ikan Bakar Bellamy. Untuk memudahkan pencarian ikan bakar yang sedap, gerai nombor 3 menjadi pilihan.
Ia dikatakan kedai yang meninggalkan
pesaingnya yang meletakkan harga lebih mahal, ikan yang tidak segar,
serta sekadar cukup rasa.
Sotong boleh diperolehi dengan harga
diantara RM 8 hingga RM 20 mengikut saiz manakala ikan pula pada harga
RM 10- RM30 bergantung kepada saiz dan jenis ikan yang dipilih.
#2 Kak Ton D’Condo
Jika teringin makan ikan bakar tetapi tidak mahu membayar dengan harga yang agak mahal, anda dialu-alukan untuk ke Kak Ton D’Condo. Terletak di 110, Jalan 1/38B, Taman Segambut SPPK, Segambut.
Kak Ton D Condo dibuka setiap hari
bermula 8 pagi sehingga tengah malam. Kak Ton D Kondo sudah pun mendapat
tempat di hati peminat-peminat ikan bakar.
Penulis menemui sebuah video yang dikongsi peminat Kak Ton D Condo. Boleh tonton di Youtube Siapa tahu anda akan menjadi pengunjung tetapnya pula kelak.
#3 Restoran Sambal Hijau
Restoran Sambal Hijau yang terletak di Lot 2990, Jalan Sungai Penchala, Kampung Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur. Ia dibuka setiap hari seawal 7 pagi dan ditutup pada pukul 2 pagi.
Asas menu mereka adalah masakan Melayu
dan Minang, oleh itu anda turut boleh mencuba Patin Tempoyak serta Gulai
Tunjang Ikan Bakar.
Masakan panas dan tom yam hanaya
disediakan bermula jam 1 petang sehingga 1 pagi. Untuk mengikuti
perkembangan Restoran Sambal Hijau, boleh layari laman sesawang mereka
di SambalHijau. atau Facebook mereka di FB.
#4 Seri Banjar Ikan Bakar Spicy
Mempunyai sentuhan gabungan citarasa
Melayu dan Cina, ini pasti akan membuka selera, ditambah pula dengan
kesegaran ikannya. Siapa tidak kenal dengan Seri Banjar Ikan Bakar Spicy yang terletak di Persiaran 2, Bandar Baru Selayang.
Lokasinya adalah di Medan Selera MPS,
iaitu di atas bukit di bulatan MPS. Ia dibuka setiap hari bermula
tengahari sehingga tengah malam.
Selain ikan bakar, Seri Banjar Ikan Bakar Spicy juga menyediakan hidangan ikan kukus.
#5 Restoran Raso Omak Den
Beroperasi seawal 11 pagi sehingga jam 4 petang dan 5 petang pada hari minggu. Restoran Raso Omak Den terletak di Taman Setapak Indah (Danau Kota), 5330 Setapak, Kuala Lumpur.
Restoran ini mudah menarik hati peminat
bukan saja yang cenderung kepada ikan bakar malah kepada masakan Melayu
yang menjadi cirri-ciri utama dalam masakan mereka seperti masak lemak
cili api yang terdiri daripada pelbagai jenis makanan laut termasuk
siput sedut dan udang.
Harga dikenakan mengikut jenis lauk-pauk
dan jumlah kuantiti yang diambil. Jika anda cerewet dengan keadaan
persekitaran tempat makan anda. Restoran Raso Omak Den menyediakan ruang
yang luas dan selesa selain susunan perabot ala-ala kopitiam.
#6 Mat Teh Ikan Bakar Pasar Dato’ Keramat
Mat Teh Ikan Bakar yang
terletak di Pasar Dato’ Keramat ini adalah satu lagi pilihan ikan bakar
yang kerap mendapat reaksi positif daripada peminat ikan bakar.
Seperti biasa, harga ikan bergantung
kepada jenis dan saiz, bermula dari RM 4 serta disajikan bersama-sama
dengan sambal asam dan pelbagai pilihan ulam-ulaman. Ia dibuka setiap
hari bermula 11 pagi sehingga 5 petang.
#7 De’ Mayang Cafe @ KLCityWalk
Di tengah-tengah Bandar Kuala Lumpur,
sebuah lokasi ikan bakar mula menarik hati penduduk kota. Beralamat di
KLcitywalk Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur.
De’ Mayang Cafe dibuka
kepada pelanggan 5 hari seminggu iaitu pada hari bekerja seawal 7 pagi
sehingga 7 malam sahaja berbanding lokasi ikan bakar yang lain.
Blogger Comment
Facebook Comment