loading...

(TIPS) Kemaluan Anak Lelaki Membengkak? Apa Kita Perlu Buat?

Image result for little boy shy doctor


Salah satu perkara penting yang wajib ibu bapa ambil pehatian sekiranya mempunyai anak lelaki ialah adakah kemaluan anak mempunyai bengkak tanpa kesan gigitan serangga ?

Bayi lelaki saya baru berusia 6 bulan. Baru-baru ini kemaluannya kelihatan membengkak tanpa ada sebarang kesan gigitan serangga. Saya sudah pun membawanya berjumpa doktor dan diberikan ubat surut bengkak.
Tetapi keesokan hari ia kelihatan merah-merah dan ada putih-putih di hujung zakarnya. Adakah anak saya mempunyai masalah di bahagian zakarnya?
Sophea Anna

Jawapan
Masalah radang pada hujung kulit zakar(penis) kanak-kanak kadangkala boleh terjadi. Semasa lahir kulit hujung penis(foreskin)  biasanya melekat pada bahagian hujung penis (glans).
Apabila kanak-kanak membesar, kulit hujung beransur-ansur terpisah dari glans dan boleh ditarik ke atas melepasi glans. Tisu kulit mati yang bercampur sebum dari kelenjar lemak kerap kali terkumpul di bawah kulit hujung Iaber warna putih/kekuningan dan dikenali sebagai smegma.
Smegma boleh membentuk gumpalan yang kadang –kadang kelihatan dari sebagai bonjolan kecil di bawah kulit. Smegma juga kadangkala keluar dari hujung penis dan boleh disangka sebagai nanah.
Walaupun begitu kehadiran smegma adalah satu fenomena yang biasa dan bukan menandakan jangkitan. Apabila terdapat tanda-tanda radang iaitu merah, bengkak atau sakit, anak anda perlu dibawa untuk pemeriksaan doktor.

Antara punca radang adalah
1.    Alahan
Radang boleh disebabkan oleh alahan kepada bahan kimia yang terdapat pada sabun/krim/bedak yang digunakan. Pembersihan yang berlebihan juga bolehmenyebabkan irritasi kulit. Sesetengah masalah kulit seperti ekzema juga boleh menyebabkan berlaku alahan.

2.    Jangkitan
Jangkitan bacteria atau kulat juga boleh menyebabkan radang.Kelembapan kulit terutama bagi kanak-kanak yang menggunakan lampin boleh menggalakkan pembiakan kulat. Faktor kebersihan juga boleh menyebabkan jangkitan bakteria.

3.    Luka/Gigitanserangga
Kulit hujung kadangkala boleh terluka sekiranya cuba ditolak ke atas secara paksa. Luka boleh mendedahkan kulit kepada bakteria.
Gigitan serangga seperti semut atau kutu juga boleh menyebabkan bengkak, merah dan kadangkala gatal.
Tanda-tanda jangkitan glans atau disebut balanitis
- Merah
- Bengkak sama ada di hujung atau keseluruhan kulit di kawasan glans atau penis
- Sakit di bahagian penis atau semasa kencing
- Keluar nanah atau cecair yang berbau busuk
- Demam
Rawatan untuk balanitis bergantung kepada tahap dan jenis jangkitan.
- Doktor mungkin menasihatkan merendamkan bahagian badan kanak-kanak tersebut di dalam air suam atau air bercampur garam 2-3 kali sehari (warm bath atau Sitz bath). Ini dapat membersihkan kawasan jangkitan dan meredakan sakit dan radang.
- Krim anti kulat atau antibiotic akan diberikan bergantung kepada jenis jangkitan.
- Krim steroid boleh mengurangkan radang.
- Kadangkala ubat makan antibiotik diperlukan.
- Jangkitan yang lebih teruk mungkin memerlukan antibiotik menerusi intravena.
- Rawatan surgeri kadangkala diperlukan sekiranya komplikasi yang lebih teruk seperti bernanah atau kanak-kanak tidak dapat membuang air kecil disebabkan bukaan kulit hujung tersumbat.
Keadaan lain yang biasa terjadi selain daripada jangkitan
a. Phimosis
Bukaan kulit hujung terlalu kecil atau berparut menyebabkan air kencing tidak dapat keluar.Kadang kala bahagian hujung zakar kelihatan menggelembung semasa kanak-kanak kencing. Sekiranya bukaan terlalukecil, kanak-kanak mungkin menangis kesakitan semasa kencing atau terdapat darah semasa kencing akibat luka pada kulit tersebut.
b. Paraphimosis
Sebahagian kulit mungkin tertarik ke atas dan melekat pada glans menyebabkan hujung glans membengkak
c. Zipper injury

Trauma pada penis disebabkan tersekat di zip.
Perkara yang perlu diberi perhatian
1.    Jangan membersihkan secara  keterlaluan walaupun kadangkala smegma sukar untuk dibersihkan
2.    Jangan memaksa kulit hujung ke atas untuk membersihkan glans kerana ini boleh menyebabkan luka atau parut terjadi.
3.    Jangan membiarkan air kencing atau najis terlalu lama tanpa dibersihkan atau tidak menukar lampin dengan segera.
4.    Elakkan menggunakan bahan mandian/cucian/bedak yang berlebihan atau yang tidaksesuai dengan bayi di kawasan tersebut
5.    Cuci dengan air suam dan rawat jangkitan kulat atau irritasi kulit dengan segera.

kemaluan
Soalan berikut dijawab oleh: Dr. Wan Khairina Wan Mohd Nowalid, MBBS (Adelaide), M.Med (Paediatrics) UKM, Pakar Perunding Pediatrik dari Pantai
Hospital Ampang
Credit to : Majalah Pa&Ma
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close