loading...

Makan Seafood+Vitamin C=Arsenik? Fakta Atau Auta

 Image result for what is arsenic

Tersebar satu berita di dalam internet dan juga di FB mengenai keracunan arsenic. Ia dikaitkan dengan pengambilan vitamin C yang menukarkan kompaun arsenic di dalam makanan laut kepada kompaun arsenic yang berbahaya.

 

Post yang mengatakan makan Vitamin C dan Udang boleh menyebabkan keracunan arsenic
Disini kami ingin memberitahu beberapa perkara:

1) Arsenic merupakan satu unsur yang banyak ditemui pada tanah, haiwan dan juga manusia. Makanan laut mencatatkan unsur arsenic yang lebih tinggi berbanding makanan-makanan lain.

2) Tetapi unsur arsenic dalam makanan merupakan unsur arsenic yang organic. Pengambilan makanan yang mempunyai unsur arsenic yang organic merupakan sesuatu perkara yang tidak berbahaya.
Organic arsenic bukanlah bermaksud ianya terhasil daripada sumber semula jadi. Tetapi ianya disebabkan atom arsenic itu mempunyai ikatan antara atom secara kovalent kepada atom carbon. Disebabkan kewujudan atom carbon dan juga ikatan kovalen tersebut, maka kita katakan ianya adalah organic arsenic dan compound ini wujud pada kadar yang sedikit dalam makanan dan selamat untuk dimakan.
Inorganic arsenic pula arsenic yang wujud dalam keadaan unsur itu sendiri ataupun yang mempunyai ikatan ion dengan compound lain. Arsenic jenis ini boleh menyebabkan keracunan jika dimakan

3) Ada satu kajian yang menyatakan kompaun arsenic yg organic boleh bertukar menjadi bahan yang berbahaya apabila dimakan dengan vitamin C. Tetapi kajian itu menggunakan jumlah kompaun arsenic yang sangat tinggi dan tidak boleh disamakan dengan arsenic yang terkandung di dalam makanan.
Oleh itu, kita tak boleh samakan dengan makanan laut satu pinggan bersama arsenic yang boleh menyebabkan kematian. Manakala ada juga kajian lain yang menunjukkan vitamin C boleh melindungi daripada keracunan arsenic bila diberi bersama-sama.

4) Lagi satu, keracunan arsenic tidak menyebabkan symptom seperti berdarah hidung, mulut dan telinga. Simptom keracunan arsenic lebih kepada menyebabkan muntah, cirit birit, tekanan darah rendah, dehidrasi dan juga renjatan(shock)
So, tiada masalah sebenarnya kalau nak makan vitamin C dan juga makanan laut. Yang ada masalah bila anda menyebarkan perkara yang salah

from Root of Science 
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close