Angkasawan China pertama berkata, dia terdengar bunyi misteri ketika berada di angkasa.
Bunyi tersebut dikatakab seperti bunyi ketukan.
Kali pertama dia mendengar bunyi itu adalah semasa penerbangan pertama ke angkasa, namun tiada siapa yang mampu menjelaskan sebab terjadinya perkara itu.
Angkasawan bernama Yang Liwei itu berkata, bunyi pelik itu menyebabkan dia berasa sangat gementar dan risau.
Dia beberapa kali melihat ke angkasa lepas namun tidak melihat sesuatu yang luar biasa.
Liwei yang kini merupakan pegawai utama Tentera Udara China berkata, bunyi itu kedengaran seperti seseorang yang sedang mengetuk kapal angkasa dan menyamakan bunyi itu seperti hentakan tukul pada baldi besi.
Liwei mengatakan pengalaman tersebut telah menimbulkan pelbagai teori termasuk makhluk asing.
Tambahnya lagi, dia tidak pernah mendengar bunyi sedemikian ketika perjalanan pulang ke bumi.
Pada tahun 2003, Liwei menjadi orang pertama yang dihantar ke angkasa lepas melalui program angkasa China, mengorbit bumi beberapa kali semasa penerbangan 21 jam.
Angkasawan itu menceritakan pengalaman dalam satu temu bual baru-baru ini, memberitahu media China bunyi ketukan misteri berlaku tanpa sebab.
Perkara ini menjadi viral di laman media sosial yang tertanya-tanya apakah bunyi tersebut.
Kredit-PENMERAHDOTCOM
Blogger Comment
Facebook Comment