Oleh sebab itulah kita perlu berusaha untuk menguatkan sistem kekebalan badan anak supaya mereka jarang dijangkiti oleh virus selesema. Selain daripada mengelakkan mereka terdedah kepada persekitaran yang berisiko dan individu yang tidak sihat, si kecil juga perlu mempunyai daya ketahanan sendiri. Anda boleh lakukannya dengan syarat perlu konsisten dan berdisiplin.
Pengambilan yogurt memang diketahui baik untuk kesihatan kerana ia minuman yang kaya dengan kandungan bakteria baik. Ketahui apakah kebaikannya
1. Ia berfungsi meningkatkan kesihatan saluran pencernaan kanak-kanak.
2. Yogurt juga dapat membantu kanak-kanak supaya lebih kuat menahan serangan virus flu.
3. Menurut sebuah penyelidikan di University of Vienna, hasil kajian 4 auns yogurt yang diambil setiap hari akan membuat badan kanak-kanak memiliki sel T yang jauh lebih kuat dan lebih aktif daripada mereka yang jarang memakan yogurt. Sel T adalah sel kekebalan badan untuk melawan pelbagai jenis jangkitan.
4. Ia juga amat sesuai untuk si kecil anda yang mempunyai alergi. Penderita alergi biasanya memiliki kadar sel T rendah. Penderita alergi ini juga dapat manfaat daripada pengambilan yogurt secara teratur.
5. Dalam sebuah penyelidikan lain yang diterbitkan oleh Journal of Nutrition, penderita alergi yang makan tujuh auns yogurt setiap hari, akan berkurangan kesan alahannya berbanding mereka yang langsung tidak memakan yogurt sama sekali.
Jadi, papa dan mama bolehlah laburkan sedikit wang untuk memberikan bekalan yogurt kepada si manja supaya sistem kekebalan badannya melawan pelbagai jenis jangkitan dapat ditingkatkan. Ia lebih jimat berbanding kerap membawanya mendapatkan rawatan perubatan.
Layari laman web
from kanak-kanak http://ift.tt/2gap32B via IFTTT
Blogger Comment
Facebook Comment