loading...

Makan Nasi Sepinggan Rm34.70? Makan Atas Pinggan Emas Ke Nie?


KUALA LUMPUR - Seorang pelanggan terkejut apabila makanan yang diambilnya di sebuah kedai makanan dikenakan harga yang tidak munasabah. 

Harga yang dikenakan adalah RM34.70 dan lauk yang diambil adalah, ikan bawal, dua ekor udang, ulam dan nasi putih. 

Jika dilihat pada ikan bawal dan dua ekor udang tersebut, ternyata harga yang dikenakan itu terlalu mahal dan tidak hairanlah netizen juga mengkritik tindakan peniaga terbabit cekik darah. 

"Udang besar tu seekor RM12? Ini berniaga nak pusing dunia balik hari ni!" kata netizen. 

Menurut netizen lagi, ada segelintir peniaga makanan gemar menyuruh pelanggannya makan terlebih dahulu sebelum dikira. Ini kerana mereka mahu menggenakan caj yang tidak munasabah, sedangkan mereka langsung tidak melihat jumlah lauk yang diambil oleh pelanggan yang mana harga yang dikenakan adalah harga maksimum. 

"Sebab itu kedai makan akan cakap, 

Makan dulu dik, nanti baru bayar

"Kalau aku kena camtu jadi seriau. Kita dah makan, nak tak nak kena bayar juga walaupun harganya mahal. Tapi kalau kita bayar dulu, tauke letak harga mahal kita masih ada pilihan untuk letak balik. Tauke pun pening kepala pelanggan asyik pulang balik makanan sebab mahal." kata netizen.

Sehingga kini, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) masih belum memberi sebarang reaksi berhubung kes viral ini.

Kredit - The Reporter

Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close