Dilema berkahwin dengan suami yang begitu manja dengan ibu. Semasa bercinta, isteri sudah nampak sikapnya yang begitu mengambil berat tentang ibunya. Tetapi, tidaklah terlalu ketara. Anggapan sudah tentu itu tanggungjawab anak pada ibunya.
Namun, selepas berkahwin barulah tahu suaminya itu terlalu manja, hinggakan tiap kali balik ke rumah, mesti suaminya berada di bawah ketiak ibunya. Kadang-kadang, isteri seperti diabaikan dan tidak sedar tentang kehadirannya. Bagaimanakah cara untuk isteri menghadapi situasi ini?
Keadaan begini akan dilihat juga sebagai Oedipus complex dari segi Theory Sigmund Freud di mana anak itu ingin mengambil tempat bapanya terhadap ibunya sendiri. Kesilapan anak manja ini juga ada kalanya bukanlah salah dirinya sendiri tetapi salah ibu nya juga yang kelihatan tidak mahu melepaskan anaknya untuk diuruskan oleh orang lain, iaitu isterinya.
Ibu akan meletakkan perasaan takut dan menakut-nakutkan anaknya, seperti kata berdosa jika ibu diabaikan dan memastikan bahawa anaknya itu akan sering balik kepadanya di dalam apa jua keadaan. Atau anak itu telah diberi terlebih manja dan membuat anak itu susah untuk dipisahkan dan bersifat bergantung.
Seorang ibu seperti ini juga masih belum bersedia untuk melepaskan anaknya sendiri walaupun anaknya sudah pun mempunyai keluarga sendiri. Begitu juga anak lelaki seperti ini juga dilihat belum bersedia untuk berkeluarga dan melepaskan diri daripada perhatian dan jagaan ibunya.
Peranan Isteri, Jika Suami Anak Manja
Bila dah hadap situasi ini, isteri kena banyak bersabar dan memahami perangai suami dari segi psychology anak manja. Apa yang isteri perlu buat adalah dengan komunikasi secara terbuka dan berdepan dengan suami, sering mengingatkan pada suami bahawa dia mempunyai keluarga sendiri dan mampu membuat keputusan bersama. Isteri perlu memberi ruang untuk suami memahami keadaan berkeluarga tanpa ibunya.
Walaupun suami mengetahui perkara sebegini, dia akan tetap pulang kepada ibunya sendiri untuk mendapatkan sesuatu keputusan. Isteri patut memberi sedikit masa untuk suami berubah dan mengenali kewajipan dia serta sering mengingatkannya.
Peranan Suami yang Sepatutnya
Setiap isteri memerlukan perhatian sepenuhnya dan perhatian di mata suami itu adalah hanya untuk isteri dan anak-anak sahaja. Walau pun isteri berkata, isteri tidak kisah kalau suami itu memberi perhatian yang lebih kepada ibu mereka, ini hanyalah kata-kata untuk menyedapkan hati sahaja supaya tidak kelihatan berdosa. Suami hendak lah memperjelaskan setiap keputusan yang diambil agar tidak kelihatan membelakangkan isteri.
Sering kali, suami akan melakukan sesuatu tanpa disedari yang akan melukakan hati isterinya, tetapi isteri kena bersabar kerana suaminya telah dibesarkan dengan manja ibu yang berlebihan. Ia akan memakan masa yang agak lama untuk berubah jika kedudukan rumah agak dekat berbanding dengan rumah yang jauh dari ibunya.
Nak kenal suami anak mak? Semak 8 sikap ini...
1. Setiap perbualan dan keputusan memerlukan tindakan atau penglibatan ibu dan semua keputusan adalah keputusan ibu.
2. Setiap masa yang terluang dia akan pulang ke pangkuan ibunya.
3. Suami akan mengadu hal apa yang berlaku kepada ibu walaupun ianya hanya perkara kecil.
4. Suami akan sering buat perbandingan isteri dengan ibunya dan ibunya adalah yang terbaik baginya dalam apa saja perkara.
5. Setiap kali memuji kehebatan ibunya daripada layanan sehinggalah ke masakan dan penjagaan.
6. Sering kali mencari ibu nya di dalam semua perkara.
7. Menghabiskan masa yang agak lama dengan ibunya.
8. Setiap kali gaji dan perbelanjaan rumah akan ditadbirkan oleh ibunya sendiri.
Nasihat Terbaik Untuk Suami Dan Isteri
BUAT SUAMI:
1. Setiap keputusan, hendaklah berbincang dengan isteri dan bukan dengan ibu. Berenggang dengan ibu bukan bererti berpisah. Ianya bererti menjalankan hidup berkeluarga sendiri. Cara begini si suami dapat menjaga perasaan isteri dan mentadbir keluarganya.
2. Si suami perlu juga menjaga perasaan ibu mereka dengan mengatakan bahawa sesuatu keputusan itu adalah keputusan keluarga dan bukan keputusan dirinya sendiri.
3. Elakkan daripada melibatkan ibunya dalam kebanyakan perancangan dan percaturan hidup. Ianya adalah sekadar memberitahu ibunya sahaja.
BUAT ISTERI:
1. Perlu banyak bersabar dan hendaklah sering berkomunikasi. Walaupun ianya menyakitkan hati, isteri hendaklah mendorong dan mengingatkan suami bahawa dia telah berkeluarga dan dah tiba masanya untuk suami membuat keputusan sendiri bersama keluarga.
2. Jika boleh, si isteri hendaklah menjadi rakan baik ibu mertuanya dan berkongsi perasaannya terhadap suami. Nasihat yang akan diberi kepada isteri adalah nasihat yang sama yang akan di beri pada suami oleh ibunya.
3. Isteri tidak boleh memisahkan perasaan anak terhadap ibunya tetapi boleh menggunakan ibu mertuanya sebagai perantaraan.
Cara begini adalah lebih senang dari memusuhi ibu mertua. Isteri pula setiap masa tidak boleh memburuk buruk kan ibu mertuanya di depan suami kerana suami akan bertindak membenci isteri sekiranya ia berlaku.
Jadi, suami kenalah bertindak macam ni...
1. Seorang suami, perlu mendahulukan isteri dan berbincang untuk keputusan dan persetujuan isteri.
2. Suami tidak boleh membandingkan ibu dengan isterinya sendiri dalam apa jua keadaan termasuk masakan dan layanan.
3. Suami harus tahu membezakan antara isteri dan ibu dan kurangkan mengadu hal isteri kepada ibunya.
Peranan suami isteri yang boleh dicontohi agar tidak timbul isu seperti ini?
Seorang isteri tidak boleh mengkongkong suaminya dari berjumpa dengan ibunya sendiri. Isteri harus mendorong keputusan suami. Isteri juga perlu melakukan beberapa strategi agar memasuk dirinya didalam perancangan diantara ibu dan suaminya. Suami juga perlu memasukkan dan melibatkan isterinya pada setiap masa sebagai sebahagian daripada perancangan suami dan keluarga.
Blogger Comment
Facebook Comment