loading...

Nora Dan Ezylnn .. Apa Komen Mereka ...


Masih rindu dengan dua penyanyi hebat ini, Nora Ariffin dan Ezylnn, yang mana mereka cukup hebat dengan aura tersendiri. Satu perkara yang boleh dikongsi mereka adalah soal keluarga dan anak.

Anak Itulah Cabaran Buat Ibu Ayah



Ibu kepada 4 orang cahaya mata ini amat tegas dalam mendidik anak-anak. Nora mengakui dia ada cara tersendiri dalam mendidik cahaya matanya. Anak-anak adalah rezeki Allah yang perlu dipelihara dengan sebaik-baiknya.

“Saya tak garang tetapi tegas. Sebab dalam rumah tangga, saya dengan suami sudah tahu peranan masing-masing. Kalau kita tegas, suami tidak begitu sangat. Kita perlu tengok pada tempat dan tahu bagaimana guna ketegasan.

“Mendidik anak-anak sekarang banyak cabaran. Dahulu kalau mak ayah cakap anak dengar. Tetapi sekarang budak-budak dah macam-macam. Sekarang memerlukan komunikasi dan beri perhatian kepada mereka. Kita perlu berkawan dengan anak. Itu yang buat diri kadang-kadang kepenatan. Kita ada hal sendiri tetapi pada masa yang sama bila balik rumah kita perlu dengar apa masalah anak.
“Saya menjadi pendengar buat anak-anak. Bila balik rumah, biasanya waktu makan itu adalah waktu saya mendengar cerita dan masalah anak-anak. Rutin itu sudah biasa dalam keluarga,” ujar Nora.

Dia mengakui banyak cabaran yang perlu dihadapi dalam memastikan anak-anak yang semakin membesar ini berjaya dalam hidup dunia dan akhirat.

“Cabarannya memang hebat. Masa saya perlu ditumpukan kepada banyak perkara. Dalam satu minggu ada 7 hari sahaja. Sebagai contoh, sekarang ini. 4 hari saya perlu ambil masa untuk persediaan dan hari pertandingan. Tetapi itu tidak bermakna saya perlu lalai tanggungjawab di rumah.

“Balik rumah saya masih perlu memasak, melihat anak-anak, kena jaga suami dan macam-macam lagi. Sebab itu tanggungjawab, haruslah kita seimbangkan antara keluarga dan karier. Walau apa pun keluarga itu lebih utama. Karier itu penting tetapi bagi saya, keluarga itu lebih saya tumpukan.”

Nora mengakui dia juga sering mengingatkan kepada anak-anak tentang hakikat hidup. “Saya sering beritahu anak-anak jika saya keluar menyanyi adalah kerana itulah cara saya cari rezeki untuk membantu keluarga. Saya keluar bukannya sebab mahu berseronok. Saya sering tekankan kepada anak-anak bahawa kita bukannya mewah dan kaya-raya. Mungkin orang nampak kita senang tetapi orang tidak tahu yang sebenarnya.

“Saya mahu ajar anak-anak bahawa bukan senang hendak senang dan kejayaan itu bukan datang bergolek sahaja. Selain itu, saya sering ingatkan anak-anak agar jangan membanding-bandingkan diri mereka dengan anak-anak artis lain. Saya bersyukur kerana anak-anak faham dengan apa yang saya buat,” cerita Nora tentang bagaimana dia mendidik anak-anak.


Tak Kecewa Belum Dapat Rezeki Timang Anak



Sudah hampir 5 tahun Ezylnn melayari perkahwinan bersama suami tercinta, Adam. Tetapi rezeki dikurniakan cahaya mata belum lagi diperoleh oleh Ezlynn dan suaminya. Pasti dia juga sering menerima soalan berkaitan anak. Apa jawapan penyanyi yang amat sinonim dengan lagu popularnya Hi Hi dan Bye Bye ini.

“Saya tidak rasa susah berhadapan dengan soalan sebegitu. Apa yang boleh saya katakan adalah kita sudah berusaha, tetapi kalau Allah belum beri rezeki, kita kena redha. Takkanlah kita hendak kecewa kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya.

“Jadi saya sudah tidak ada rasa ‘feeling’  bila orang tanya soalan itu. Saya balik kepada ‘basic’. Kalau kita sudah cuba sedaya upaya dan bertawakal, kalau rezeki itu masih tidak datang lagi, kita serahkan pada Allah. Dia lebih mengetahui segala-galanya.



“Saya tidak risau sebab keluarga sebelah saya memang ramai cucu. Jadi tidak ada orang yang beri tekanan. Tetapi sebelah suami, mereka hanya ada seorang cucu. Namun begitu ibu mentua saya faham dengan keadaan kami. Dia tahu kami sudah cuba sedaya upaya dan semua usaha sudah kami buat. Itu sudah kuasa Allah,” cerita Ezlynn mengenai rezeki yang satu ini.

Sebenarnya masing-masing masih aktif dalam dunia nyanyian, apakah perkembangan terbaru dua artis ini, ketahui dalam majalah Mingguan Wanita bilangan 1724 (2-8 Disember 2016/2-8 Rabiulawal 1438H) yang sudah ada di pasaran.
Baca di website
from cerita cover http://ift.tt/2hEEH51 via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close