loading...

Rahsia Intan Sarafina dan Dia Fadila Yang Tak Semua Tahu

Nama Intan Sarafina dan Dia Fadila mungkin kurang dikenali oleh peminat muzik masa kini. Namun, ada lagu mereka yang masih kedengaran di udara hingga kini. Percaturan dalam perjuangan seni suara terhenti gara-gara memberi fokus kepada keluarga.

Berbanding Dia, Intan mula muncul kembali dalam dunia seni, apabila telah bersedia dan anak-anak semakin membesar. Manakala Dia, masih belum dapat melangkah kedua-dua belah kaki dalam kerjaya yang sudah lama dirindukannya kerana kekangan masa dan anak-anak.



Rahsia Intan Slim Walau Anak Tiga

Wah, kagum betul melihat Intan yang sejak dulu sentiasa kurus dan langsing sedangkan dia sudah mempunyai tiga orang anak! Menurut Intan, dia memang mementingkan penampilan tetapi bukanlah untuk cantik semata-mata. Dia mengamalkan pemakanan sihat dan sering bersenam.

“Saya bekerja keras untuk mengekalkan berat badan agar sentiasa langsing. Ia bukan untuk cantik semata-mata, tetapi apa yang utama adalah disebabkan kesihatan. Ketika saya melahirkan anak ketiga, saya mula sedar tentang kesihatan. Umur yang makin meningkat membuatkan saya prihatin terhadap kesihatan.

“Jadi, selepas melahirkan anak ketiga saya terus buat workou’ dan pergi ke gimnasium. Senaman paling kerap saya lakukan ialah berjoging. Dalam sehari saya akan pastikan berjoging tetapi bergantung pada cuaca. Bagi saya, kalau kita nak kurangkan berat badan kena buat senaman kardio. Bayangkan ketika mengandungkan anak ketiga, berat saya cecah 66 kilogram. Dalam masa dua bulan saya berjaya kurangkan menjadi 49 kilogram,” katanya mengenai penjagaan tubuh langsingnya itu.

Dia Tak Pernah Menyanyi Di Rumah

Menurut Dia Fadila, dia tidak pernah menghalang minat anak-anak. Sebagai ibu, Dia harus memantau minat anak-anak tetapi tidak berhak menghalangnya. Namun, kalau boleh Dia tidak mahu anak-anak terlibat dengan dunia seni memandangkan kepayahan dan kesusahan dalam bidang tersebut.

“Namun begitu anak sulung saya sudah menunjukkan minat dalam bidang nyanyian. Percaya atau tidak, saya tidak pernah sesekali menyanyi dalam rumah, kerana tidak mahu didengari anak-anak. Saya tidak mahu mereka terpengaruh. Namun siapa saya untuk menghalang takdir dan minat mereka.

“Saya tidak sesekali menghalang kalau satu hari nanti, dia mahu menjadi penyanyi. Sebenarnya, si sulung mula minat menyanyi setelah sering mengikuti saya ke kelas mengajar vokal. Mungkin dari situ timbul minatnya untuk menyanyi,” katanya.

Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close