loading...

Mengandung Sebab Eksiden? Apa Yang Anda Perlu Tahu

Image result for Accidental pregnancy

 

Accidental pregnancy(Kandungan yang tidak dirancang)

“Baru sahaja 4 bulan yang lalu Puan T melahirkan anak sulungnya. Haidnya pun belum pernah datang lagi sejak melahirkan anak. Dalam sebulan kebelakangan ini, dia mengalami rasa mual dan muntah setiap hari, keletihan dan sensitif terhadap bau. Untuk bayinya, Puan T memberi campuran susu badan dan susu formula. Tidak selesa dengan keadaannya itu, Puan T pergi mendapatkan rawatan di klinik berhampiran. Ujian air kencing dan ultrasound jelas menunjukkan yang Puan T sedang HAMIL !”
Mengikut adat berpantang masyarakat Melayu, suami isteri perlu BERPANTANG sekurang-kurangnya untuk 40 hari selepas isteri melahirkan anak. Ini sebenarnya bertujuan untuk memberi ruang kepada luka kelahiran di faraj wanita untuk sembuh sepenuhnya. Pada waktu itu juga, darah nifas selalunya sudah berhenti.

Kembali mengandung setelah baru beberapa bulan melahirkan anak adalah tidak digalakkan. Ini kerana, badan wanita tersebut baru sahaja melalui pelbagai perubahan dan tekanan sepanjang tempoh kehamilan dan kelahiran.
Tempoh sekurang-kurangnya dua tahun diperlukan bagi sistem dan fungsi badan pulih dan benar-benar bersedia untuk kembali hamil, terutama bagi mereka yang menjalani pembedahan Caesarean.

MITOS tentang kehamilan selepas kelahiran :

1) Selepas kelahiran, peluang untuk hamil kembali akan mengambil masa berbulan-bulan (atau beberapa tahun!) kemudian.

2) Kesuburan hanya akan kembali SETELAH mendapat haid pertama selepas kelahiran.

3) Mengamalkan pemberian susu badan secara eksklusif merupakan langkah pencegah kehamilan yang pasti berjaya.

Seseorang wanita boleh kembali subur dalam masa beberapa minggu sahaja selepas kelahiran. Jika wanita itu TIDAK mengamalkan penyususan secara ekslusif, ovulasi boleh berlaku dalam 10 minggu selepas kelahiran. Ovulasi ialah proses pembebasan telur dari ovari (kilang telur).
Jika persetubuhan berlaku pada waktu ovulasi, potensi untuk telur disenyawakan dengan sperma adalah tinggi. Ini bermakna, WANITA TERSEBUT BOLEH MENGANDUNG LAGI WALAUPUN BARU SAHAJA MELAHIRKAN ANAK.
Bagi ibu-ibu yang menyusukan bayinya, haid tidak akan datang selagi ibu tersebut menyusukan bayinya secara kerap. Walaupun tiada haid, proses ovulasi tetap boleh berlaku.
Terdapat kajian yang mendapati, wanita yang TIDAK menyusukan bayinya, secara purata, ovulasi pertama selepas kelahiran boleh berlaku antara hari ke-45 hingga ke-94 selepas kelahiran (iaitu 2 – 3 bulan selepas kelahiran!) (1).
Jika wanita tersebut (dan suami) tidak bercadang untuk menimang cahaya mata yang baru dalam masa terdekat selepas kelahiran bayi mereka, amat perlu untuk mereka mengamalkan kaedah kontraseptif (pencegahan kehamilan) sejak dari hubungan seksual pertama lagi selepas kelahiran bayi.

Merancang kehamilan bukan bermaksud :

• Menolak ketentuan / kekuasaan Allah.
• Menidakkan janji Allah bahawa setiap anak itu membawa rezeki.

Tetapi, merancang kehamilan bermaksud:

• Memberi peluang untuk ibu hamil semula setelah bersedia sepenuhnya dari aspek fizikal, mental, sosial dan emosi.
• Anak mendapat kasih sayang, pemakanan yang sihat termasuk susu ibu dan penjagaan yang sepenuhnya.
• Suami dapat menyediakan kemudahan asas untuk keluarga mengikut kemampuan fizikal, mental, sosial dan ekonomi.
• Setiap ahli keluarga termasuk suami dan ibu itu sendiri mendapat kasih sayang dan keperluan asas yang mencukupi.
Pilihan terletak di tangan anda !
Admin : Nigella sativa

Rujukan anda:
1)http://ift.tt/2gEkb6z
2)http://ift.tt/2gqiAi1
3)http://ift.tt/2gEoJdo
Rujukan penulis:
1) Jackson, E. and Glasier, A., 2011. Return of ovulation and menses in postpartum nonlactating women: a systematic review. Obstetrics & Gynecology, 117(3), pp.657-662.
2) Howie, P.W., McNeilly, A.S., Houston, M.J., Cook, A. and Boyle, H., 1982. FERTILITY AFTER CHILDBIRTH: POST‐PARTUM OVULATION AND MENSTRUATION IN BOTTLE AND BREAST FEEDING MOTHERS. Clinical endocrinology, 17(4), pp.323-332.
Credit gambar : http://ift.tt/2gqh5QP
Jika anda rasa post ini bermanfaat. sila like page kami Root Of Science.
from Root of Science http://ift.tt/2gqiC9g via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close