1. Sediakan sumber hiburan untuk mereka sepanjang perjalanan. Contohnya membawa pemain DVD mudah alih atau laptop untuk mereka menonton di perjalanan. Tapi perlu simpan sedikit bateri untuk perjalanan yang jauh supaya mereka tidak mudah bosan.
2. Sediakan kejutan buat mereka seperti hadiah atau permainan yang mereka suka. Tentu mereka teruja dengan hadiah yang anda berikan dan asyik bermain dengan hadiah atau permainan baru yang anda beli itu.
3. Berborak dan bermainlah dengan anak dalam perjalanan. Dengan cara ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan anda dengan si kecil tersayang.
4. Menyanyi dan menari bersama dalam perjalanan pasti menjadi aktiviti yang menyeronokkan. Pasangkan koleksi lagu-lagu yang mereka sukai dan menyanyi bersama dalam perjalanan dapat mengurangkan rasa bosan dalam perjalanan.
5. Jangan lupa bekalkan snek sihat buat mereka. Berikan dari masa ke semasa jangan biarkan habis sekaligus.
6. Jika anak anda suka membaca, jangan lupa bawa sekali buku kegemarannya untuk dibaca dalam jangka waktu yang lama.
7. Adakan pertandingan tidur. Mungkin kedengaran lucu tetapi dengan cara tersebut si kecil anda dapat menghilangkan bosan dengan perjalanan yang lama selain dapat membekalkan tenaga untuk mereka kembali cergas.
8. Sediakan permainan video untuk mereka di dalam kereta. Penggunaan telefon bimbit, ipad atau tab dibolehkan dalam perjalanan jauh. Muat turun permainan interaktif yang dapat merangsang otak mereka. Pasti mereka lebih gembira.
9. Jangan sesekali memarahi anak-anak anda dalam perjalanan yang jauh kerana itu boleh menyebabkan mereka memberontak dan menangis, ia mungkin akan mengganggu perjalanan anda.
10. Jangan lupa untuk asingkan baju yang senang untuk anda capai sekiranya ada kecemasan seperti muntah dan sebagainya. Jangan lupa juga keperluan lain seperti tisu basah yang memudahkan anda dan anak-anak sepanjang perjalanan yang jauh.
Baca di website
Blogger Comment
Facebook Comment