loading...

5 Alasan Ini Mengapa Tak Boleh Marah Anak Suka Tanya Soalan Sama Berulang-Ulang

"Mama, ni apa? tanya Najla kepada mama.

"Ni, buku," jawab mama.

"Mama, ni apa? tanyanya lagi dan soalan tersebut berulang sebanyak 10 kali atau mungkin lebih kalau tidak dialihkan kepada perkara lain walaupun jawapan yang sama sudah diberi.

Adakah anda juga menghadapi situasi ini sekarang?

Jangan cepat naik angin kalau anak anda asyik tanya soalan yang sama berulang-ulang kali tanpa rasa jemu. Biasanya ia berlaku di kalangan kanak-kanak berusia dua tahun ke atas yang baru pandai bercakap.

Tarik nafas, bertenang dan cuba bersabar menjawab soalan anak, jangan sesekali menengking anak atau menyuruhnya berhenti tanya soalan tersebut!

Mungkin bagi anda soalan yang ditanya oleh si kecil hanya biasa-biasa tetapi bagi anak ia adalah perkara penting yang sangat ingin diketahui. Oleh itu cuba 'masukkan' diri anda ke dalam dunia si kecil dan fahami perasaan ingin tahunya yang sangat tinggi.

1. Anak-anak baru kenal dunia

Maklumlah si kecil baru mula pandai bercakap walaupun agak pelat, jadi mereka mula hendak belajar banyak perkara tentang dunia ini. Dulu masa masih 'baby' mereka banyak memerhati sahaja. Maka bila sudah pandai bercakap, macam-macam mereka akan tanyakan.

 

2. Pengalaman masih cetek

Anak anda baru hendak mengenal pelbagai perkara di sekelilingnya, sudah tentu pengalaman si kecil sangat cetek tentang dunia sebab itulah dia kerap tanya soalan yang sama berulang kali.

 

3. Sedang bereksplorasi dengan pemikiran dan persekitaran

Anak-anak yang sihat dan cerdas memang banyak akal. Semua benda dia hendak 'explore'. Kanak-kanak pada usia 12 bulan ke atas beranggapan dunia pesekitaran mereka sangat menarik untuk diteroka. Jadi ada macam-macam benda mereka hendak siasat dan ambil tahu sebab itu mereka sangat aktif dan bertenaga tanpa rasa penat. Ibu dan ayah pula yang penat melihat mereka aktif!

 

4. Sifat ingin tahu yang tinggi

Oleh kerana mereka terlalu sibuk meneroka keadaan persekitaran maka sudah tentu perasaan ingin tahu apa, mengapa, di mana dan sebagainya membuak-buak dalam diri mereka. Bagi mereka apa yang dilihat dan diperhatikan memang sangat menarik perhatian sehingga membuatkan sifat ingin tahu sangat tinggi. Maka sebab itulah si kecil akan bertanya soalan berulang-ulang kali. Bila pertanyaan mereka sudah habis, jangan terkejut kalau esok mereka masih tanyakan lagi soalan yang sama. Bersedialah ibu dan ayah!

 

5. Cuba memahami perkara yang kurang pasti

Apabila si kecil banyak bertanya soalan dan berulang-ulang kali, ia bermaksud dia sedang sedaya-upaya cuba memahami penerangan daripada orang dewasa terhadap persoalan mereka sehingga rasa berpuas hati dengan jawapan yang diberikan.

Sebenarnya baguslah kalau anak anda jenis banyak bertanya soalan. Itu tandanya sel-sel otak mereka sedang berkembang dan mereka sedang berlatih berfikir selain memperkembangkan kemahiran berinteraksi si kecil.

Kalau pendiam sampai tiada langsung soalan anda pula yang susah hati. Sebagai ibu bapa raikanlah pertanyaan berulang-ulang kali anak anda dengan gembira dan sabar memberikan jawapan. Jangan cepat melenting dan marah!

Anda boleh cuba taktik bertanyakan kembali soalan yang sama kepada si kecil dan akan terkejut kerana dia boleh menjawab balik soalan yang ditanya. Itu tandanya anak anda sudah faham tentang persoalan yang diajukan!

Selamat menjadi ibu bapa yang terbaik.
 

Layari laman web

from kanak-kanak http://ift.tt/2icMklv via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close