loading...

5 Fakta Tentang Kehamilan Trimester Ke-2 Yang Ibu Hamil Perlu Tahu

Melepasi trimester pertama kehamilan memang sangat dinantikan oleh ibu hamil yang mengalami alahan teruk. Biasanya ketika ini kebanyakan ibu hamil sudah lebih selesa dengan perubahan hormon yang berlaku dalam badan.

 

Biasanya apabila masuk trimester kedua kehamilan, bakal ibu semakin biasa dengan perubahan diri. Rasa tidak selesa semakin berkurangan. Ketika ini kebanyakan wanita hamil lebih bersemangat untuk menempuh tempoh kehamilan yang pasti menyeronokkan.

 

Ketahui beberapa fakta tentang kehamilan pada trimester ke-2 supaya boleh dijadikan panduan kepada ibu yang sedang hamil.

 

1. Trimester kedua bermula pada minggu ke-14 hingga 27 kehamilan. Ketika ini keluhan dan rasa tidak selesa akibat perubahan hormon tidak lagi kedengaran dari mulut bakal ibu. Ibu lebih memberi tumpuan terhadap penjagaan kesihatan diri dan bayi dalam kandungan.

 

2. Masuk trimester kedua, pergerakan bayi dalam kandungan semakin dirasakan. Inilah waktunya proses pengembangan tubuh yang sebenar terjadi. Semuanya semakin membesar dan melebar. Saiz perut makin membesar, pinggang ibu mula melebar dan ibu juga semakin kerap berpeluh.

 

3. Tanda-tanda regangan di perut mungkin semakin kelihatan jelas bagi sesetengah bakal ibu. Ada ibu hamil yang mengalami perubahan warna kulit menjadi agak coklat keperangan berbanding ketika tidak hamil.

 

4. Kekerapan membuang air kecil turut bertambah akibat tekanan uterus terhadap pundi kencing. Ibu perlu berhati-hati kerana keadaan ini mendedahkan pada risiko berkemungkinan mendapat jangkitan kuman.

 

5. Selera ibu semakin bertambah baik dan mula menginginkan sesetengah makanan yang sudah lama tidak dinikmati. Selain itu ibu juga lebih kuat dan bersemangat untuk membuat sebarang aktiviti luar rumah yang mungkin ditinggalkan sepanjang trimester pertama kehamilan.

 

Walaubagaimanapun, masih ada saat menyeronokkan yang mesti dinikmati oleh ibu hamil. Kini, rasa loya atau morning sickness sudah semakin berkurangan dan menghilang sedikit demi sedikit. Maka, ibu dapat menikmati saat kehamilan dengan lebih selesa.

 

Dalam trimester kedua juga, pengaliran darah ke seluruh badan ibu semakin baik. Bayi dalam kandungan juga semakin kuat dan stabil. Secara umumnya, trimester kedua merupakan saat ibu hamil menikmati fasa kehamilan dengan selesa, dan mendapatkan rehat secukupnya selepas menempuh trimester pertama yang kurang selesa dan sebelum masuk trimester ketiga yang mungkin meletihkan.

Layari laman web

from Kehamilan http://ift.tt/2iD0Q7a via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close