loading...

5 Tip Bila Berhadapan Dengan Si Kecil Yang Susah Dilarang Dengan Perkataan "Jangan"


Bila anak sudah masuk usia dua tahun, dia mula mengalami perubahan daripada kategori bayi menjadi kanak-kanak. Kepetahan berkata-kata dan menyatakan perasaan sendiri semakin bertambah baik.
Keupayaan meneroka persekitaran semakin dikagumi dengan pelbagai idea kreatif yang kadang kala tak terfikir oleh kita. Semakin hari sikap ingin tahunya semakin bertambah. Si Kecil akan kerap bertanya soalan "Kenapa?" atau "Apa ni?". Bahkan mereka juga semakin 'degil' dan sukar dilarang. Kalau kita cakap tak boleh, mereka tetap mahukannya dan tak pernah hairan dengan larangan "tidak".
Kadang kala kelakuan si kecil usia ini memang menguji kesabaran ibu dan ayah. Sukarnya untuk mencapai kata sepakat dengan si kecil. Kalau anak anda kategori susah nak makan saman, mungkin boleh cuba tip berikut:

1. Cari alternatif lain selain cakap 'tidak' dan 'jangan'. Kalau cakap 'jangan' memang dia tak peduli pun. Kadang kala si kecil boleh pula berdebat dengan kita. Kalau si kecil nak panjat meja di rumah, daripada melarangnya "jangan panjat", tukar kepada "baik-baik panjat, nanti jatuh", dan dalam masa yang sama awasi keselamatan anak.

2. Jadi role model. Bila anda buat peraturan di rumah, jangan hanya suruh anak sahaja patuhi. Tetapi anda juga kena sama mematuhi peraturan.

3. Elak bagi sogokan. Jangan hanya semata-mata nak suruh anak ikut arahan atau larangan kita, maka kita janjikan dia dengan sesuatu. Ia mungkin cara berkesan untuk jangka masa pendek tetapi ada kesan buruknya untuk jangka masa panjang. Anak akan terbiasa untuk diberi ganjaran jika diminta membuat sesuatu perkara.

4. Jangan marah kalau si kecil menangis. Bila kita larang dan dia tak dapat buat, tentu sahaja si kecil akan menangis. Tetapi ibu atau ayah jangan cepat marahkan anak. Biarkan dia menangis sekejap, selepas itu pujuk dan peluk anak hingga tangisannya berhenti. Ketika ini ambil peluang untuk memberitahu kenapa anda melarangnya atau memberikan nasihat dalam nada yang lembut.

5. Sesekali bolehlah berunding. Kalau asyik semua tak boleh buat pun tak berapa bagus juga untuk perkembangan si kecil. Sesekali anda bolehlah berunding atau bertolak ansur dengan peraturan yang dibuat. Contohnya, kalau anak anda gemar makan coklat atau gula-gula dan anda memang melarangnya sama sekali. Sesekali tak salah kalau menawarkan dia makanan kegemarannya itu untuk masa-masa tertentu atau sebagai ganjaran kerana dia berkelakuan baik.





Layari laman web

Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close